Bersempena dengan Minggu Antarabangsa Orang Pekak, GrabFood dilihat hadir dengan inisiatif yang membantu dalam mengetengahkan dan menyokong rakan niaga dari golongan pekak dan juga orang kelainan upaya (OKU).
Menerusi kehadiran para peniaga dan individu kelainan upaya dalam platform perkhidmatan makanan atas-talian, ia dijangka akan memberi inspirasi kepada kebanyakan masyarakat di seluruh negara.

Malah, inisiatif yang ditampilkan juga telah membuktikan komitmen GrabFood dalam usaha menghubungkan komuniti kelainan upaya dengan masyarakat setempat selain turut menyediakan peluang sama rata dalam kalangan semua pengguna.
Untuk pengetahuan anda, platform penghantaran makanan ini telahpun mula menampilkan pelbagai rakan niaga dari komuniti yang mempunyai kemampuan berbeza. Antaranya adalah Bassment Cafe, Cafe Includes dan RC Deaf Missions Malaysia.
Bassment Cafe dikendalikan oleh saudara kembar Michael dan Jason Lim. Dua beradik ini merupakan individu kelainan upaya atau mempunyai masalah pendengaran. Bagi yang tidak mengetahui, Bassment Cafe menampilkan menu makanan gaya barat yang terletak Seksyen 14, Petaling Jaya.

Mengenai Cafe Includes pula, ia merupakan projek dibawah Dialogue Includes All. Ia merupakan kiosk kafe yang dikendalikan oleh pasukan penerima bantuan OKU yang merangkumi golongan dengan daya penglihatan rendah, mempunyai masalah fizikal, masalah pendengaran dan autistik.
Cafe Includes menawarkan hidangan kopi dan Teh Gourmet selain turut memperkenalkan menu pastri seperti mufin, karipap dan sandwic. Bukan itu sahaja, menerusi bekerjasama dengan Kenanga, sebanyak 100 pesanan akan ditaja. Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan pembelian di dua lokasi Cafe Includes dan nikmati diskaun menggunakan kod humanKIND.

Sementara RC Deaf Missions Malaysia pula, restoran ini menampilkan kafe dengan pekerja OKU pendengaran. Antara menu yang ditampilkan termasuklah variasi nasi goreng, sandwic dan juga laksa. Selain hadir dengan kafe, RC Deaf Missions Malaysia turut menjual barang dagangan yang dibuat oleh Pasukan Kraf Pekak serta menyediakan kursus bahasa isyarat untuk orang ramai.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dan menyokong lebih banyak para peniaga tempatan yang memperkasakan komuniti yang serupa, berikut adalah perniagaan perusahaan sosial lain yang boleh anda terokai di GrabFood:

- Deaf-in-Business Restaurant, Damansara Perdana, Petaling Jaya. Restoran ini memberikan latihan kemahiran kepada masyarakat OKU pendengaran melalui pekerjaan dan bertujuan untuk menonjolkan komuniti sebagai penyumbang yang setara.
- FoodBike, Shah Alam. Perniagaan kafe bergerak yang dikendalikan oleh golongan OKU pendengaran dan juga menyediakan latihan dan program dalaman yang mengajar mereka mengendalikan gerai penjaja mudah alih mereka sendiri. Antara menu yang menarik perhatian termasuklah minuman kopi Nescafe Dolce Gusto.
- Vegan Delights, Ipoh. Kafe vegan sepenuhnya yang dikendalikan oleh golongan OKU pendengaran dan mempunyai masalah percakapan.
- Just Bake, Setia Alam. Ia merupakan sebuah bakeri yang dikendalikan pasangan kelainan upaya.
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi GrabFood di kedai aplikasi App Store dan Play Store bermula hari ini.