Lina Rosli Diterbitkan 23 September 2021

Mengapa Sendi Mengeluarkan Bunyi? Adakah Ia Normal?

Pastinya anda semua pernah mengalami keadaan yang mana lutut, leher atau pinggang anda mengeluarkan bunyi seakan retak sama ada ketika berdiri, duduk atau meregangkan badan.

Selalunya, bunyi seakan sendi retak ini boleh menjadi kuat dan mungkin sedikit membimbangkan. Ia mungkin disebabkan oleh bunyi itu muncul secara berterusan dan ditambah pula anda mengalami rasa sakit atau bengkak yang kerap.

Mengapa Sendi Mengeluarkan Bunyi?

Untuk kebanyakan individu, bunyi sendi akan menjadi lebih kuat apabila anda telah mencecah umur yang lebih tua. Ia adalah normal yang mana sebahagian rawan pada tulang akan hilang dan merupakan sebahagian daripada proses penuaan.

Bunyi pada sendi juga berpunca apabila permukaan pada penghubung tulang tisu menjadi lebih kasar, sekaligus menyebabkan bunyi yang dialami menjadi lebih kerap ketika berjalan dan duduk ataupun sewaktu permukaan tulang dengan tulang saling bersentuhan.

Untuk pengetahuan anda juga, adakalanya bunyi sendi boleh datang dan pergi, bergantung pada bagaimana anda meletakkan posisi badan ketika duduk dan tidur, dan bagaimana anda menggunakan badan ketika bergerak.


Dari Manakah Punca Utama Bunyi Retak Pada Sendi?

Menurut pakar bedah ortopedik, bunyi retak atau tersentak pada sendi berlaku disebabkan oleh gelembung nitrogen yang meletup dalam cecair sinovial.

Cecair sinovial bertindak sebagai agen pelincir pada sendi. Ia berfungsi seakan minyak motor di mesin kereta yang mana berupaya untuk mengurangkan geseran dan memelihara tulang rawan kita.

Gelembung nitrogen di dalam cecair sinovial biasanya mengambil masa 20 minit untuk membentuk semula pada sendi. Oleh sebab itu, jika anda bergerak terlalu kerap, ia akan menyebabkan bunyi pada sendiri disebabkan oleh kekurangan agen pelincir.


Apakah Sebab Sendi Mengeluarkan Bunyi?

Terdapat beberapa sebab mengapa sendi anda mengeluarkan bunyi sekaan patah dan retak.

Contohnya, jika anda berada di gim dan melakukan latihan berulang-ulang kali, seperti mengangkat berat atau menaikkan tekanan, anda mungkin dapat melihat bunyi klik atau bunyi lembut setiap kali anda membengkokkan lengan atau kaki anda.

Bunyi ini biasanya menunjukkan bahawa otot menjadi padat dan ketat akibat daripada pengulangan aktiviti yang berterusan. Bunyi retak itu juga mungkin berasal dari tendon yang sedang mengeser tulang.

Sekiranya berlaku sedemikian, cuba untuk melakukan regangan lembut dan elakkan daripada memaksa otot dan tendon anda bekerja terlalu kuat.

Adakah bunyi pada sendi berbahaya?

Sekiranya anda berasa sakit ketika sendi berbunyi, maka anda harus mendapatkan rawatan profesional penjagaan kesihatan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa bunyi seakan retak pada bagaian seperti ibu jari tidak menyebabkan bahaya serius. Namun, jika ia berlaku secara berulang, ia mungkin boleh menyebabkan kerosakan pada tisu lembut sendi.

Bunyi retak yang kerap juga boleh menyebabkan sendi berasa lemah dan otot pada bahagian tertentu menjadi bengkak.

Sumber: Cleverland Clinic Cedars Sinai LOC