Bagi anda yang mungkin mencari-cari hidangan yang berbaloi untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam anda, Tajria hari ini ingin berkongsi 3 restoran makanan popular yang menawarkan set hidangan pada harga yang murah untuk dimiliki.
MB RM4 Bowl-Baloi
Jangan ketinggalan untuk kunjungi rangkaian MarryBrown berdekatan anda dan dapatkan menu Bowl-Baloi pada harga hanya RM4 sahaja. Penawaran menu ini dilakukan bagi meraikan 40 tahun Marrybown.
Berbaloi bukan? Antara menu yang ditawarkan termasuk Bubur Pedas Bowl, Bubur Ayam MB Bowl, Nasi Lemak MB Bowl, Chicken Sald Bowl dan Cheesy Chicken Mashed Bowl.
Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan pembelian sama ada di kedai mahupun menerusi aplikasi GrabFood bermula hari ini

Texas Crunchy Deals
Bagi anda yang meminati hidangan berasaskan ayam, maka anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkannya pada harga yang berbaloi ini. Texas Chicken kini hadir dengan set Crunchy Deals pada harga RM5.85 setiap hari!
Anda boleh mendapatkan set kombo Burger, atau set kombo 1 ketul ayam, set kombo bubur ataupun set kombo Tender Wrap pada harga di bawah RM6.

Jika anda ingin berbelanja lebih juga, Texas Chicken juga menawarkan Mega Crunch Box pada harga bermula RM9.50. Walau bagaimanapun, ia ditawarkan pada tempoh masa terhad dan sementara stok masih ada.

McSavers Mix & Match
Bagi anda yang kerap mengunjungi restoran makanan segera McDonald’s pastinya anda sudah pernah melihat penawaran McSavers Mix & Match sebelum ini.
Melalui set ini, anda boleh mendapatkan menu makanan dan juga air kegemaran pada harga yang berbaloi dan murah. Ia ditawarkan pada harga hanya RM5.99 untuk hidangan Bubur Ayam McD, McNuggets atau Cheeseburger yang dipadankan bersama Kentang Goreng, air Teh Tarik, Iced Lemon Tea dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, untuk sarapan pagi McDonald’s turut menyediakan menu Mix & Match khas untuk anda yang memerlukan tenaga yang mencukupi untuk memulakan hari anda. Kesemua padanan menu dalam McSavers Breakfast Mix & Match ditawarkan pada harga RM5.99 sahaja selain ia boleh dipesan bermula jam 4 pagi sehingga 11 pagi.
