Modanisa merupakan sebuah platform atas-talian yang berasal dari Turki yang kini bergerak aktif dalam meluaskan sayap mereka ke pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia. Malah, sebuah aplikasi dan laman web tersendiri khusus untuk pasaran Malaysia telah rasmi diperkenalkan sejak tahun lalu.

Bersempena ulang tahun pelancaran Modanisa di Malaysia, platform ini telah memperkenalkan rekaan hijab eksklusif yang diinspirasikan dari Malaysia. Ia menampilkan corak bangunan Sultan Abdul Samad dan juga menara ikonik di negara ini iaitu KLCC bagi mencerminkan identiti Malaysia.

Malah, ia turut membawakan corak cetakan tumbuh-tumbuhan seperti pokok palma tropika dan bunga kebangsaan kita iaitu bunga raya. Melengkapkannya adalah sentuhan batik pada latar belakang hijab pada bahagian bawah selendang.


Menurut pereka Modanisa, hijab eksklusif ini menggabungkan elemen semula jadi, tradisional dan moden yang terdapat di negara Malaysia. Untuk pengetahuan anda, ia merupakan tudung bawal sutera dengan saiz 130cm x 130cm yang dihasilkan di Istanbul. 

Bagi yang berminat, tudung bawal sutera dengan rekaan eksklusif Malaysia pada harga hanya RM33.54 sahaja. Untuk mendapatkannya, anda boleh melakukan pesanan bermula hari ini di laman rasmi Modanisa. 


Bukan itu sahaka, anda juga boleh menerokai lebih dari 500 jenama dan label dan turut membawakan hampir 75,000 produk pada platform berkenaan. Produk di dalam Modanisa merangkumi fesyen muslimah, aksesori, hijab, pakaian sukan, pakaian renang, pakaian bersaiz besar serta produk kosmetik yang dijual pada pasaran antarabangsa.

Untuk mendapatkan maklumat tentang tawaran terkini dan kempen jualan, sila layari https://www.modanisa.com atau muat turun aplikasi Modanisa dari Google Play Store atau Apple App Store bagi mendapatkan pakaian sopan yang bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini.