Carian
Jom Cuba Burger Japanese Curry Di Burger King – Hadir Dalam Pilihan Whopper Dan Chick ‘N Crisp
September 24, 2021 Lina Rosli

Pengumuman untuk penggemar kari Jepun, Burger King hari ini telah melancarkan dua menu burger baru yang berasaskan kari iaitu Japanese Curry Whopper dan Japanese Curry Chick ‘N Crisp.

Melalui penawaran dua patti yang berbeza ini, nampaknya ia memberi peluang untuk penggemar daging lembu dan juga ayam untuk merasai pengalaman yang baru menerusi sos kari terbaru mereka.


Berdasarkan poster promosi yang dikongsikan Burger King, Japanese Curry Burger ini hadir dengan saiz sebesar 5-inci. Ia pastinya akan memberi kepuasan yang maksima jika anda mendapatkannya sama ada untuk menu makan tengahari ataupun makan malam.

Japanese Curry Burger ini dilihat ditawarkan dengan cara menyiramnya di antara celah kepingan patti, salad dan roti. Oleh sebah sos kari tersebut tidak disaluti sepenuhnya pada kepingan patti, maka anda masih boleh merasakan kerangupan patti jika anda memesannya menerusi platform atas-talian.

Bagi yang berminat, berikut adalah senarai harga siri Japanese Curry yang ditawarkan menerusi aplikasi penghantaran GrabFood:

  • Japanese Curry Whopper – RM16.40 (Ala Carte)
  • Japanese Curry Whopper – RM20.90 (Medium)
  • Japanese Curry Chick ‘N Crisp – RM15.40 (Ala Carte)
  • Japanese Curry Chick ‘N Crisp – RM19.90 (Medium)
Komen