Pernahkah anda mendapati ketika anda hendak menurunkan berat badan tetapi skala pada penimbang berat tidak berubah? Jika ya, pakar mengatakan anda perlu merujuk kepada tabiat tidur harian anda.
Tidur adalah sesuatu yang kita semua perlukan tetapi sering diabaikan dan tidak mengutamakan keperluan waktu tidur. Tahukah anda bahawa, tidak mendapatkan jumlah tidur yang mencukupi setiap malam boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan termasuk kegemukan?

Hubungan Antara Berat Badan Dan Tidur
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), individu dewasa berumur 18 hingga 60 tahun harus mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 7 jam atau lebih setiap malam. Sementara, untuk warga emas dalam lingkungan 61 hingga 64 tahun pula perlu mendapatkan jumlah jam tidur sekitar 9 jam tidur.
Berdasarkan Journal of Clinical Sleep Medicine, tabiat tidur mempengaruhi kemampuan anda menurunkan berat badan. Hal ini kerana, jika anda kurang tidur, ia akan menyebabkan hormon selera makan anda itu ghrelin dan leptin menjadi tidak seimbang.
Melaluinya, anda mungkin akan memakan lebih banyak makanan daripada keperluan badan anda.
Hormon ghrelin berfungsi dalam meningkatkan selera makan dengan memberi isyarat kelaparan di otak anda dan seterusnya akan mendorong anda makan. Sementara Leptin pula, melakukan sebaliknya dengan menekan rasa lapar dan memberi isyarat kenyang di otak.

Apabila anda kurang tidur, badan anda bertindak balas dengan membuat lebih banyak ghrelin dan kurang leptin. Ini boleh menyebabkan anda makan berlebihan.
Oleh itu, tidur kurang dari 7 jam seperti yang disyorkan setiap malam dapat mengakibatkan:
- kenaikan berat badan dan kegemukan
- penyakit jantung
- kemurungan
- strok
Bagi menyokong sains ini, satu jurnal telah ditulis pada tahun 2004 dan mendapati bahawa kadar ghrelin adalah sekitar 14.9 peratus lebih tinggi pada orang yang tidur lebih lama berbanding mereka yang cukup tidur. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap leptin 15.5 peratus lebih rendah bagi individu yang berada dalam kumpulan yang kurang tidur.
Sebenarnya, banyak kajian menunjukkan bahawa kurang tidur sama ada disebabkan olehinsomnia dan apnea biasanya akan menyebabkan disregulasi metabolik.
Apabila terdapat masalah ini, anda tidak mendapatkan tidur yang berkualiti dan seterusnya menyebabkan minda dan emosi anda menjadi segar dan ingin mengambil makanan tambahan untuk penghasilan tenaga. Hasilnya, mengganggu irama sirkadian tubuh akan terganggu sekaligus menyebabkan kenaikan berat badan
Sumber: Sleep Foundation