Segelintir individu pastinya mempunyai rutin dan cara pengurusan diri yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika melibatkan kecantikan dan juga kesihatan kulit, sudah tentu terdapat pelbagai langkah dan tips yang dilakukan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan bersih.
Di tambah lagi dengan kesibukan kerja, kulit anda akan memerlukan tumpuan yang lebih. Apabila anda bergerak aktif, hormon di dalam kulit juga akan bersama-sama bergerak selari dengan minda dan fizikal anda. Jadi, adalah penting untuk memastikan kulit anda bersinar dan sihat dalam keadaan baik.
Untuk pengetahuan anda, disebabkan kulit muka merupakan bahagian kulit yang nipis, maka ia akan menjadi lebih sensitif dan cenderung untuk mengalami gatal-gatal, kering dan mudah pecah. Malah, kulit muka juga lebih berminyak berbanding anggota kulit yang lain.
Oleh itu, bagi memastikan kulit muka anda mendapat khasiat dan nutrien yang secukupnya, Orient Europharma Malaysia (OEP MY) telah memperkenalkan dua produk tambahan (booster) untuk kulit yang dinamakan Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+.

Menurut OEP MY, produk yang dihasilkan mereka merupakan produk rumusan yang dilaksankan di Korea. Kedua-dua produk tambahan ini juga disenaraikan sebagai
jenama booster pilihan nombor satu di lebih 20 negara di dunia.
Diamond Feel Forte
Diamond Feel Forte mengandungi 67 bahan aktif yang menjadikannya penyelesaian mutlak bagi
masalah kulit. Ia memberikan kesan paling optimum untuk menambah kelembapan dan
menghilangkan garis-garis halus dengan menggunakan asid hyaluronic,
Bukan itu sahaja, bagi menghilangkan kesan
parut pada kulit Diamond Feel Forte menggunakan ektrak sel tunjang tumbuhan dan polydeoxyribonucleotide
(PDRN), iaitu DNA yang diekstrak daripada ikan salmon yang boleh mempercepat proses penyembuhan
kulit.

Kajian klinikal menunjukkan penggunaan Diamond Feel Forte
meningkatkan pengeluaran kolagen sehingga 256% dan dapat memberi kesan penyembuhan sehingga
78% selepas tiga hari rawatan pertama.
Dermal Sign E+
Sementara Dermal Sign E+ adalah rumusan intensif berasaskan asid hyaluronic yang
membantu memberi kesan pencerahan luar biasa dan lebih tahan lama untuk kuliy lebih cerah dan tanpa pigmen.
Produk ini mengandungi tiga kali ganda bahan-bahan
pencerahan seperti gltathion, asid tranexamic
untuk rawatan pigmentasi dan AA2G sebagai agen antioksidan.

Data klinikal menunjukkan bahawa Dermal Sign E+ membantu mengurangkan
pengeluaran melanin dengan lebih baik berbanding bahan Arbutin. Dermal Sign E+ mengurangkan angka
tirosinase sehingga 59.5% selepas rawatan pertama. Oleh sebab tirosinase bertanggungjawab
terhadap langkah pertama dalam pengeluaran melanin, pengurangannya dapat mengurangkan
kemunculan bintik-bintik gelap.