Carian
Ingin Bulu Mata Yang Lentik Dan Menawan? Ikuti 3 Muslihat Selamat Dan Mudah Untuk Mendapatkannya
September 27, 2021 Lina Rosli

Sebagai orang yang mempunyai bulu mata yang lurus, pelentik bulu mata adalah alternatif termudah untuk mendapatkan bulu mata yang lentik dan cantik.

Walau bagaimanapun, untuk sesetengah keadaan, pelentik bulu mata tidak selalunya menyebelahi hari anda yang mana, ia mungkin akan bertahan sekitar 2 hingga 3 jam sahaja.

Oleh itu, untuk memastikan bulu mata anda kekal lentik terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan. Berikut adalah 3 muslihat atau trik yang ingin Tajria kongsikan kepada anda.


3 Cara Mendapatkan Bulu Mata Lentik Dan Menawan

Mata dan kawasan sekitarnya sememangnya adalah bahagian wajah yang cukup sensitif. Jadi, untuk penggunaan produk yang berbahaya akan memberikan risiko yang membimbangkan untuk kesihatan mata anda.

Berikut adalah 3 cara untuk memastikan bulu mata anda melentik sepanjang hari:

Lentik Dan Kerintingkan Bulu Mata Anda Setiap Hari

Menurut perkongsian pakar kecantikan, dengan melentikkan bulu mata anda setiap hari, ia sedikit sebanyak dapat melatih bulu mata anda untuk kekal melengkung lebih lama.

Pada awalnya, bulu mata anda mungkin akan kembali kepada bentuk asal. Namun setelah dilakukan selama beberapa minggu, anda mungkin akan melihat perbezaannya berbanding keadaan sebelum.


Pilih Dan Guna Pelentik Bulu Mata Yang Berkualiti

Sekiranya bulu mata jenis lurus dan memanjang ke bawah, kuncinya adalah menggunakan pelentik bulu mata yang berkualiti.

Antara jenis pelentik bulu mata yang anda boleh dapatkan di butik kecantikan atau di pasaran adalah:

  • Shu Uemera Eyelash Curler 
  • Shisheido Curler 
  • Watson Eyelash Curler
Teknik Melentikkan Bulu Mata Yang Betul

Untuk mengelakkan L-Shape pada bulu mata anda, berikut adalah langkah yang boleh anda ikuti sewaktu menggunakan pelentik bulu mata:

Langkah 1: Pastikan bulu mata anda bersih, yang mana ia tidak mempunyai krim mata atau sisa dari maskara yang lepas.

Langkah 2: Posisikan dagu sedikit ke atas, lihat ke cermin sehingga anda dapat melihat bulu mata anda.

Langkah 3: Mulakan dengan melentikkan dasar (bahagian dalam) bulu mata.

Langkah 4: Selepas anda mengepit dasar bulu mata anda,  tahan pengepit selama 10 saat. Elakkan daripada mengepit terlalu kuat kerana bimbang bulu mata anda akan terlekat pada getah pelentik.

Langkah 5: Kemudian, secara perlahan, kepit bulu mata dan menggerakkannya hingga ke hujung bulu mata jangka waktu yang lebih pendek iaitu kira-kira lima saat.


Berikut adalah beberapa muslihat yang boleh anda praktikkan untuk melentikkan bulu mata anda. Anda juga boleh menahan lentikan lebih lama dengan menambah maskara sebagai pelengkap.

Anda juga boleh memilih memakai alas maskara jenis ringan. Elakkan melapis maskara terlalu banyak kerana apabila terlalu berat, ia boleh menyebabkan bulu mata anda jatuh. 

Komen