Lina Rosli Diterbitkan 28 September 2021

Jenama Pakaian Amerika, Old Navy Kini Di ZALORA

Selepas memperluaskan penawaran jenama atau label fesyen minimalis COS, kini platform fesyen atas-talian ZALORA mula mengembangkan penawaran fesyen Amerika Syarikat ke pasaran Asia dengan membawa masuk jenama Old Navy ke dalam laman edagang mereka.

Melalui penampilan Old Navy di ZALORA, ia akan menawarkan pelbagai pakaian dan aksesori yang mengikuti trend dunia di samping membawakan pakaian yang berkualiti tinggi dan dapat diakses oleh setiap keluarga.


Menurut ZALORA, dengan kehadiran Old Navy juga, ia dapat memperkuat dan menyampaikan idea fesyen yang relevan dan bertujuan khusus kepada pelanggan baru dan sedia ada di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda Old Navy menawarkan gaya untuk seisi keluarga termasuk pakaian wanita, pakaian lelaki hingga pakaian kanak-kanak. Koleksi Fall 2021 menampilkan kain yang selesa dan berkualiti tinggi dalam warna segar yang memberikan ketenangan dan elegan dalam mengekspresikan gaya peribadi. 



Bagi anda berminat, Old Navy kini tersedia untuk membeli-belah di ZALORA di seluruh Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Indonesia. Dapatkan pakaian pilihan anda di Old Navy bermula hari ini di zalora.com.my