Lina Rosli Diterbitkan 28 September 2021

Texas Chicken Kembali Lagi Dengan Menu Popular Ayam Ramyeon

Texas Chicken adalah antara rangkaian makanan segera yang popular di Malaysia. Ia memfokuskan kepada jualan ayam selain turut menawarkan pelbagai menu berbaloi termasuk biskut madu-mentega, pancake dan bagel, dan juga hidangan bubur dan burger.

Untuk kali ini, Texas Chicken nampaknya mengeluarkan semula hidangan ayam yang digemari ramai iaitu Ramyeon Chicken. Sebelum ini, ayam Ramyeon ini telahpun ditawarkan pada tahun 2019 yang lepas yang mana ia mendapat sambutan yang cukup hangat.


Ayam Ramyeon ini membawakan sajian ayam yang disaluti dengan sos manis, pedas dan berempah yang sememangnya sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Di bahagian luar juga, ia ditabur bersama biji bijan dan juga rumpai laut kering bagi melengkapkan lagi rasa seakan ayam Korea. 

Bagi anda yang menggemari makanan pedas, hidangan ayam Ramyeon terbaru daripada Texas Chicken ini boleh mula didapati hari ini di rangkaian kedai Texas Chicken Malaysia berdekatan anda, atau anda juga boleh memesannya melalui aplikasi GrabFood dan FoodPanda.

Harga bagi set kombo Ramyeon Chicken adalah:

  • Set Kombo A (Nasi) Ayam Ramyeon 2 Ketul – RM19.50
  • Set Kombo B (Kentang Putar) Ayam Ramyeon 2 Ketul – RM19.50
  • Set Kombo Ayam Ramyeon 5 Ketul – RM46.91