Penyakit jantung merupakan penyakit yang paling kerap berlaku di Malaysia yang mana ia merupakan antara penyebab utama kematian. Untuk pengetahuan anda, sebanyak 16,325 kematian direkodkan pada tahun 2019 yang mana ia mencapai kira-kira 15% peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan.
Oleh sebab itu, usaha mencegah simptom awal serangan jantung adalah penting dalam mengurangkan risiko dan jumlah kematian individu dengan lebih efisien dan strategik.
Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), baru-baru ini telah melancarkan ST Elevation Myocardial Infarction Network (STEMI Network) bersama para doktor dari kawasan berhampiran hospital bagi menawarkan dan menyediakan rawatan yang lebih pantas untuk pesakit jantung.
Melaluinya, pihak hospital dan pakar dapat memberikan rawatan yang lebih tepat bagi menangani isu kardiovaskular lebih-lebih lagi yang melibatkan jantung selain turut membantu mengurangkan durasi diagnosis dan rawatan bagi pesakit yang hadir.
Kelebihan STEMI Network Kepada Pesakit
Antara kelebihan lain STEMI Network juga termasuklah memberikan kemudahan para doktor yang berjarak 10 hingga 15 km dari hospital merujuk pesakit mereka ke SMCV bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Pada masa ini, terdapat sejumlah 101 klinik yang telah menjadi sebahagian daripada rangkaian ini.
Menurut SMCV juga, kebanyakan pesakit biasanya lebih selesa untuk mendapatkan rawatan dari pengamal perubatan am berhampiran mereka terlebih dahulu berbanding doktor dari hospital besar. Namun, disebabkan kekurangan fasiliti dan juga alat-alat penting, maka agak sukar untuk perlaksanaan diagnosis terperinci dilakukan.
Dengan kehadiran STEMI Network, selepas ini untuk diagnosis yang dilakukan di klinik atau pusat perubatan kecil dapat dilakukan dengan lebih baik selain membantu para pesakit mendapatkan rawatan dalam jangka waktu terdekat dan menjalani prosedur seperti Angioplasti untuk mengelakkan keadaan pesakit menjadi lebih teruk.
Bagaimana STEMI Network Beroperasi?
- Sebaik sahaja doktor-doktor dari hospital atau klinik yang terlibat dengan STEMI Network dapat mengenal pasti simptom pesakit, doktor-doktor ini boleh terus menghubungi SMCV di talian 24 Jam STEMI Network iaitu 03-97729111 atau 019-3779191
- Selepas makluman, doktor pakar akan bersiap sedia dengan rawatan yang sewajarnya.
- Pesakit kemudian akan dirujuk terus ke Jabatan Kecemasan SMCV untuk diagnosis lebih lanjut atau bagi mendapatkan rawatan kecemasan, dan ke makmal kateterisasi untuk tujuan intervensi jika diperlukan.
Untuk pengetahuan anda STEMI Network ini tersedia setiap hari selama 24 jam, membolehkan para doktor untuk mendapat akses ke kemudahan fasiliti seperti Jabatan Kecemasan, pakar jantung serta dapat mengaktifkan perkhidmatan ambulans jika diperlukan pada bila-bila masa.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau emel ke [email protected].