Tidak dinafikan dalam zaman semua perkara bergerak pantas, pastinya banyak perniagaan, jenama dan servis yang mula merancang untuk menawarkan produk yang mudah untuk dibeli dan didapatkan pengguna dalam kehidupan seharian.

Perubahan penawaran pembelian pantas dan mudah ini dapat dilihat dalam bersaing dengan sangat sengit dalam sektor restoran dan makanan. Sebelum ini, kedai minuman dan makanan seperti Tealive, FamilyMart, Pizza Hut, McDonalds, KFC dan banyak lagi telahpun hadir dengan kaedah penyediaan pantas mereka yang tersendiri.

Kini, OLDTOWN turut tidak ingin ketinggalan dalam menyediakan servis yang terbaik untuk pelanggan mereka menerusi OLDTOWN Express.


Tidak hanya tertumpu kepada penawaran servis kopitiam, jualan minuman 3 dalam 1 dan juga pekhidmatan penghantaran, nampaknya OLDTOWN kini turut ingin bergerak pantas selari dengan permintaan semasa penggemar kopi di seluruh dunia.

OLDTOWN Express merupakan penawaran terbaru oleh OLDTOWN Kopitiam untuk mengikuti trend minuman dalam kalangan sasaran penggunan yang lebih muda dan cerdas.

Melalui OLDTOWN Express, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis minuman baru, roti dan makanan yang telah siap dimasak dengan lebih mudah dan efisien tanpa perlu menunggu pesanan untuk disediakan dan dimasak di dapur untuk tempoh yang panjang.

Setakat ini, OLDTOWN Express ini ditawarkan Sunway Putra Mall terlebih dahulu dan akan diperluaskan rangkaiannya ke beberapa tempat lain di seluruh Malaysia.