Atap atau bumbung rumah adalah bahagian atas bangunan yang berfungsi untuk melindungi rumah anda dari hujan, sinar matahari, angin dan suhu yang melampau.
Jika di lihat untuk setiap rekaan rumah tidak kira di Malaysia atau luar negara, ia biasanya hadir dalam pelbagai jenis bentuk yang berbeza. Ia merangkumi bentuk datar, bernada, berkubah atau kombinasi yang mana pemilihan jenis ini bergantung kepada keadaan teknikal, ekonomi atau estetika.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa jenis bahan yang dsering digunakan oleh pengeluar atap seperti:
- Jenis Zink – Ia biasanya ditawarkan pada harga yang murah namun agak tidak digemari ramai disebabkan kada serapan haba yang tinggi.
- Jenis Seramik – Atas jenis seramik ditawarkan dalam pilihan warna yang perbagai selain merupakan antarq atap yang lebih tahan lama dan tahan lasak.
- Jenis Tanah Liat – Jenis ini adalah yang paling popular dalam kalangan kontraktor rumah kerana ia diperbuat dengan cara dipadatkan dan kemudiannya dibentuk secara melengkung yang menjadikannya sangat kuat terhadap angin ataupun hujan yang lebat.

Benarkah Atap Rumah Memerlukan Ruang Untuk Bernafas?
Ruang untuk bernafas dalam konteks atap ini merujuk kepada ruang ventilasi pada bahagian atas rumah.
Dengan adanya saluran masuk untuk atap anda, ia akan memberikan peredaran udara yang lebih efektif sekaligus akan memastikan suasana di dalam rumah sentiasa selesa.
Tanpa bahagian masuk dan keluar yang terlibat dalam pengudaraan bumbung, udara panas akan terperangkap di dalam rumah dan akan menyebabkan pelbagai masalah pada harta benda anda.
Mengapa Rumah Tradisional Di Malaysia Membawakan Rekaan Atap Yang Berbeza?
Perbezaan reka bentuk dan juga susunan atap pada rumah tradisional di Malaysia adalah dipengaruhi oleh budaya dan juga gaya hidup masyarakat terdahulu.
Bukan itu sahaja, untuk setiap negeri juga mempunyai keadaan muka bumi dan juga jenis kawasan yang berbeza. Oleh sebab itu, reka bentuk dan seni bina tradisional yang melibatkan rumah di setiap negeri akan disesuaikan mengikut iklim dan unsur-unsur hiasan yang bertepatan dengan masyarakat setempat.
Antara jenis rekaan atap yang popular dalam kalangan rumah tradisional termasuklah rekaan Minangkabau yang mana ia menampilkan rekaan atap yang tinggi yang dilihat berbeza jika dibandingkan dengan rumah masa kini.

Hal ini disebabkan pada ketika itu, ia bukan sahaja ingin memberikan keselesaan pada penghuni rumah, malah rekaan atap tinggi dengan cerun bertingkat ini juga disediakan bagi menyelematkan penghuni daripada binatang buas dan berbisa serta memastikan pengukuhan rumah ketika berada dalam keadaan iklim yang melampau seperti angin kuat dan banjir.
Selain itu, antara jenis rekaan atap yang menarik perhatian umum juga adalah rumah tradisional Melayu di Sarawak yang mana ia menampilkan ciri loteng yang digunakan sebagai tempat simpan barang yang disambungkan dari bilik menggunakan tangga kayu yang unik.

Jika dilihat dari luar, atap rumah Melayu Sarawak ini tidaklah setinggi seperti rumah tradisional Perak dan juga Negeri Sembilan. Namun, ia membawakan identiti yang unik dan kreatif dalam menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam menghasilkan rumah yang lebih selamat.
Sumber: Jurnal 1 , Jurnal 2, Majalah Sains