Satu-satunya burger semua isi tanpa roti dari KFC iaitu Double Down kini kembali ditawarkan di semua rangkaian KFC di seluruh Semenanjung Malaysia bermula 30 September 2021.
Menariknya mengenai penawaran Double Down kali ini, ia menampilkan dua pilihan burger iaitu Cheezilla Double Down dan juga Zinger Double Down.

Kedua-dua menu ini menampilkan dua kepingan ayam yang diperbuat daripada 100%
daging ayam asli dan kemudiannya dilengkapkan dengan kepingan keju, mayonis dan curahan sos keju jalapeno.
Bercerita mengenai KFC Cheezilla Double Down, menu ini menghidangkan kepada anda patti keju
mozarella yang digoreng sehingga perang keemasan yang membawakan hasil gigitan yang lembut tetapi kenyal khusus untuk semua penggemar keju di Malaysia.
Sementara untuk Zinger Double Down pula, anda boleh merasai rasa burger ayam asli sebagai ban dan turut dilengkapi dengan kepingan ayam rangup pada bahagian tengah burger yang menjadikan setiap gigitan adalah sangat menyelerakan.

Untuk mendapatkannya, anda boleh membelinya sama ada secara À la Carte, Set Kombo dan Box Meal pada harga bermula sekitar RM12.90. Jangan lepaskan peluang keemasan anda dan mula pesan set Double Down KFC ini di aplikasi KFC Delivery, ShopeeFood, GrabFood dan FoodPanda bermula esok!
Muat turun aplikasi KFC Delivery di Play Store
Muat turun aplikasi KFC Delivery di App Store