Mi ARONA adalah produk terbaru di bawah jenama QSRT. Ia adalah mi yang dikeringkan bagi tujuan penyimpanan yang tahan lama selain mudah disediakan untuk pelbagai jenis masakan mi.
Bercerita mengenai Mi ARONA lagi, mi diperbuat daripada gandum import yang berkualiti tinggi dan mengandungi 100% bahan semula jadi. Malah, produk ini juga merupakan mi yang diperbuat berasaskan sayuran.
Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda resipi yang boleh anda cuba dirumah menggunakan mi terbaru dari jenama Mi Arona, iaitu resipi mudah yang dinamakan Mi Ayam Lada Hitam.
Bahan-bahan
- 2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
- 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 3 sudu sos tiram
- 1 sudu sos lada hitam
- 3 sudu lada hitam kisar
- kicap
- 1/2 bungkus Mi Labu dari Mi Arona
Untuk bahan tumis:
- 1-2 biji bawang merah besar (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 tangkai cili api
- 1/2 biji lobak merah (potong panjang)
Cara Penyediaan:
- Rebus Mi Labu sehingga lembut iaitu sekitar 10 hingga 12 minit.
- Sambil menunggu Mi Labu menjadi lembut, anda boleh sediakan bahan tumis untuk masak ayam lada hitam.
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili api. Biarkan ia masak dan naik bau.
- Kemudian, masukkan lobak merah. Tumis dan gaul hingga rata dan masak sekata dan masukkan lada hitam kisar.
- Masukkan pula ayam yang telah dicuci. Tutup kuali dan biarkan ayam keluar air dan dimasak dengan baik.
- Apabila ayam sudah bertukar putih, anda boleh masukkan sos tiram, kicap dan sos lada hitam.
- Letakkan garam dan masukkan Mi Labu yang telah direbus ke dalam kuali tumis.
- Biarkan mi disaluti dengan kuah lada hitam seketika dan Mi Ayam Lada Hitam anda sedia untuk dihidangkan kepada keluarga anda.