Apa itu vitamin D? Untuk pengetahuan anda, vitamin D merupakan sejenis vitamin yang yang larut dalam lemak yang mana ia terdapat dalam dua bentuk vitamin yang utama iaitu ergocalciferol (vitamin D2) dan cholecalciferol (vitamin D3).

Vitamin D2 merupakan hasil daripada tumbuhan dan kulat sementara vitamin D3 pula dihasilkan oleh manusia sendiri lebih-lebih lagi apabila kulit kita terdedah kepada sinaran ultraungu B (UVB) dalam cahaya matahari. 

Bukan itu sahaja, vitamin D juga berperanan penting dalam mengatur metabolisma seperti kalsium dan fosfat dan meningkatkan penyerapannya ke dalam usus. Malah, ia turut menyokong mineralisasi tulang dan mempengaruhi pelbagai hormon selain menjadi benteng pertahanan daripada jangkitan.


Kesan Kekurangan Vitamin D Pada Tubuh

Kekurangan vitamin D dapat menyebabkan pelbagai masalah termasuk:

  • Sakit tulang belakang
  • Mudah lelah
  • Peningkatan berat badan
  • Kulit berubah menjadi gelap 
  • Osteomalasia pada ibu hamil 
  • Rakitis pada bayi 
  • Tulang bengkok

Makanan Yang Boleh Memberikan Sumber Vitamin Di Pada Tubuh

Antara makanan yang menyediakan sumber vitamin D dalam hidangan adalah seperti ikan salmon, tuna, sardin dan banyak lagi. Hal ini kerana, kesemua jenis ikan ini tergolong dalam kelompok ikan berlemak yang popular dengan sumber vitamin D.

Menurut Pangkalan Data Komposisi Makanan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), satu hidangan ikan salmon Atlantik mengandungi 0.135 mg vitamin D.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan pengambilan minuman berasaskan jus buah-buahan seperti jus oren. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam edisi Disember 2002, American Journal of Nutrition Clinical, membandingkan penyerapan kalsium dari jus oren dan juga sumber kalsium tambahan seperti susu.

Ia menunjukkan bahawa peserta kajian menyerap banyak kalsium daripada jus oren yang diperkaya hampir sama dengan pengambilan makanan tambahan kalsium atau susu.


Bagi anda yang tidak makan ikan pula, anda boleh menukarnya kepada telur kerana ia adalah sumber lain yang baik, serta makanan berkhasiat yang luar biasa.

Walaupun sebahagian besar protein dalam telur terdapat dalam warna putih, namun, sebenarnya jumlah lemak, vitamin dan mineral adalah lebih banyak didapati di dalam kuning telur. Harus diingatkan juga, tahap vitamin D dalam kuning telur bergantung pada paparan sinar matahari dan kandungan vitamin D di dalam makanan ayam. 

Akhir sekali, anda juga boleh mengamalkan pengambilan hidangan berasaskan cendawan. Seperti manusia, cendawan dapat mensintesis vitamin ini apabila terkena sinar UV. Walau bagaimanapun, cendawan menghasilkan vitamin D2, yang mana ia hanya membantu menaikkan kadar vitamin D dalam darah selain mungkin tidak seefektif vitamin D3.