Carian
Koleksi Edisi Terhad Kotex – Teroka Lokal Pamer Variasi Lanskap Pelancongan Di Malaysia
September 30, 2021 Lina Rosli

Kotex menyajikan koleksi edisi terhad terbaharu mereka yang dinamakan koleksi Teroka Lokal.

Untuk pengetahuan anda, Teroka Lokal ini diilhamkan oleh empat negeri di Malaysia dalam usaha untuk mempamerkan kepelbagaian lanskap pelancongan Malaysia.


Sebagai penyokong kemajuan wanita, koleksi terbaru Kotex diperkenalkan bertujuan untuk menimbulkan kebanggaan dan memperkasakan wanita Malaysia yang merindui kegembiraan pengembaraan.

Pada bahagian luar pek pembungkus, ia menampilkan ilustrasi yang merangkumi pemandangan indah Malaysia. Antara ilustrasi yang diketengahkan pada Teroka Lokal adalah pemandangan bandar raya Kuala Lumpur, tempat-tempat warisan Pulau Pinang, pantai murni dan hidupan laut laut di sekitarnya di Terengganu serta budaya etnik dan pemandangan semula jadi Malaysia Timur dari Sabah dan Sarawak.


Selari dengan penawaran pek pembungkus yang unik, Kotex juga menyediakan penuras realiti terimbuh khusus Teroka Lokal yang akan membolehkan wanita dan gadis sama-sama melayari dunia Teroka Lokal.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Kotex bagi mengetahui informasi berkenaan kempen yang dijalankan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat produk kebersihan wanita dari jenama ini secara atas-talian.

Komen