Bersempena Bulan Kopi Antarabangsa, McDonald’s Malaysia menawarkan tiga juta kopi Americano kepada mereka yang telah divaksinasi. Selari dengan kempen ini, McDonald’s turut hadir dengan 3.5 juta cawan eksklusif #KitaBoleh untuk McCafé di seluruh negara.


Untuk menebus kopi Amerikano percuma ini, McDonald’s menawarkan baucar eksklusif untuk McCafé Americano yang diagihkan kepada individu yang menerima vaksin di 75 pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di seluruh negara, mulai pertengahan September 2021 yang lepas.

Minuman tersebut boleh ditebus dengan mana-mana pembelian produk McDonald’s sehingga 31 Disember 2021. 

Bukan itu sahaja, restoran makanan segera popular ini turut menawarkan promosi RM1, jika anda ingin menukar minuman mereka kepada Iced Latte dengan setiap pembelian McValue Meal.


Selain pemberian baucar dan promosi naik taraf ke McCafé Iced Latte dengan bayaran RM1, McDonald’s Malaysia juga menawarkan promosi McCafé tambahan di aplikasi McDonald’s sepanjang bulan Oktober, termasuklah RM1.99 untuk Iced Latte bersaiz medium, diskaun 50% untuk minuman-minuman terpilih McCafé dan tawaran istimewa untuk kek McCafé terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang bulan Oktober, layari laman rasmi McDonald’s atau ke aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun di Google Play atau Apple Store.