Pada April 2021 yang lepas, Taco Bell mula membuka cawangan pertamanya di Cyberjaya. Sejurus selepas pembukaan cawangan pertamanya di kawasan tersebut, ia dilihat menerima sambutan yang hangat dalam kalangan penggemar hidangan Taco.


Bagi memudahkan lagi akses anda kepada hidangan Taco yang terkenal ini, Taco Bell dijangka akan memperluaskan rangkaian cawangan terbarunya di Cheras dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan anda, Taco Bell merupakan sebuah restoran makanan segera yang dikendalikan oleh QSR yang mana sebelum ini jenama ini menampilkan rangkaian makanan seperti KFC dan Pizza Hut dibawahnya.


Bagi anda yang tidak begitu mengenali Taco Bell, ia adalah rangkaian makanan segera daripada Californina. Ia menyajikan makanan seperti taco, burrito, dan beberapa makanan istimewa lain yang ditampilkan khas untuk anda yang meminati makanan ala-ala Mexico.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mengunjungi rangkaian terbaru Taco Bell di Cheras kelak. Anda boleh menikmakti sajian ikonik yang diilhamkan dari Mexico seperti Taco Supreme, Crunchwrap Supreme, Nachos Loaded dan banyak lagi!