Pada masa kini, terdapat pelbagai perubahan dari segi tabiat membeli-belah seperti peningkatan pembelian barangan melalui platform atas-talian, penawaran variasi kaedah pembayaran dan juga berlakunya peningkatan pembelian barang melibatkan kesihatan dan juga keperluan pembersihan seperti sabun pencuci, produk disinfektan dan bermacam-macam yang lain.
Bukan sekadar membeli untuk penggunaan waktu biasa, malah ramai dalam kalangan pembeli yang gemar untuk menyimpan stok dan membeli secara pukal. Hal ini kerana, untuk sesetengah produk yang kerap digunakan, pastinya lebih berbaloi dan menjimatkkan lebih banyak wang jika dibeli pada kauntiti yang besar.

Namun yang menjadi persoalan, adakah penyimpanan stok dan juga pembelian pukal ini selamat dan sesuai untuk digunakan pada kemudian hari? Untuk mengetahuinya, Tajria akan berkongsi kepada anda 3 jenis produk pembersih yang selamat dibeli secara pukal dan 3 produk yang tidak digalakkan untuk disimpan pada tempoh yang lama.
Berikut adalah produk pembersih yang boleh anda jimatkan dengan membeli secara pukal, dan produk mana yang tidak selamat untuk disimpan.
Selamat Untuk Dibeli Pukal – Sabun Pembersih Pinggan
Sabun pencuci pinggan mempunyai jangka hayat 12 hingga 18 bulan, jadi ini selamat untuk disimpan untuk tempoh yang lama di samping turut dapat menjimatkan wang anda.
Malah, untuk individu atau pemilik rumah yang kerap menggunakan pinggan dan memasak, maka penggunaan sabun pencuci ini akan lebih kerap digunakan. Jadinya, tidak menjadi masalah untuk membelinya secara pukal serta lebih baik mempunyai banyak stok ini.
Selamat Untuk Dibeli Pukal – Sabun Tangan Dan Pensanitasi Tangan
Ramai di antara kita yang kini akan membersihkan diri dan mencuci tangan kita lebih kerap sewaktu tempoh pandemik ini.
Jadi kedua-duanya selalu berguna dan dapat menjimatkan wang jika dibeli secara pukal. Bukan itu sahaja, kedua-dua sabun tangan dan pensanitasi tangan mempunyai jangka hayat kira-kira tiga tahun.
Namun, anda masih perlu memastikan untuk memeriksa tarikh luput yang dicetak pada botol pembersih tangan, kerana jika paras alkohol menguap, ia akan menjadi kurang berkesan dari masa ke semasa.
Selamat Untuk Dibeli Pukal – Cecair Pembersih Pelbagai Guna
Cecair pembersih pelbagai guna biasanya mempunyai jangka hayat sekitar dua tahun jika tidak dibuka penutupnya. Sekiranya pasaraya melakukan tawaran promosi untuk produk ini, maka ia adalah selamat dan menjimatkan wang jika dibeli secara pukal.
Tetapi pastikan anda memeriksa label pembersih anda. Pembersih dengan sifat antibakteria hanya mempunyai jangka hayat satu tahun. Namun, jika anda menyediakan cecai pembersih sendiri (DIY), ia dikatakan hanya mampu bertahan beberapa minggu sahaja.

Tidak Sesuai Beli Pukal – Peluntur
Membeli produk pembersih berasaskan peluntur secara pukal bukan hanya membazirkan wang, bahka ia juga tidak selamat.
Banyak pengguna cenderung membeli produk pembersih berasaskan pemutih secara pukal, kerana mereka menganggap bahawa mereka dapat menyimpannya dan menggunakannya selama bertahun-tahun. Namun sebenarnya, peluntur akan rosak seiring berjalannya waktu, terutamanya jika disimpan pada suhu yang tidak konsisten.
Sebagai tambahan kepada peluntur, anda harus mengelakkan membeli amonia dan pembersih longkang secara pukal, kerana ia bersifat mudah terhakis serta bahan kimia di dalamnya akan merosakkan bekas dan menyebabkan tumpahan.
BERKAITAN: 7 Kesalahan Pembersihan Yang Sebenarnya Tidak Selamat
Tidak Sesuai Beli Pukal – Hidrogen Peroksida
Hidrogen peroksida mempunyai banyak kegunaan di sekitar rumah, tetapi mempunyai jangka hayat yang pendek.
Ia hanya bertahan dua bulan setelah dibuka. Namun, ia boleh bertahan sehingga tiga tahun sekiranya tidak dibuka. Ia boleh dibel secara pukal. Namun, anda menyimpannya di tempat yang sejuk dan gelap.

Jadi, Adakah Sesuai Membeli Produk Pembersihan Dan Disinfektan Secara Pukal?
Ia sebenarnya bergantung kepada kekerapa penggunaan anda dan jumlah individu yang akan menggunakannya kelak.
Perkara yang menimbulkan kerisauan adalah, jika anda membelinya secara pukal adakah ia mempunyai jangka hayat yang cukup panjang untuk disimpan. Hal ini kerana, jika tidak mengetahui jangka hayat produk pembersih boleh menyebabkan pembaziran produk dan wang.
Oleh itu, apabila anda merasakan tiada keperluan untuk pembelian pukal, maka adalah lebih baik jika didapatkan dalam jumlah yang kecil mengikut kesesuaian penggunaan. Hal ini kerana, bagi kebanyakan produk masa kini, mereka telahpun hadir dengan pek pengisian semula yang mesra alam selain turut ditawarkan pada harga yang lebih murah.