Lina Rosli Diterbitkan 4 October 2021

3 Sebab Mengapa Anda Perlu Menanggalkan Cincin Sewaktu Tidur

Kadangkala apabila sudah penat dan ingin merehatkan badan, kita sering melupakan satu lagi rutin penting selain melakukan penjagaan kulit iaitu, menanggalkan barang perhiasan anda seperti rantai, anting-anting (subang), gelang dan cincin.

Lebih-lebih lagi cincin. Disebabkan ia sudah menjadi kebiasaan selain pemakaiannya juga selesa di jari, maka ia sering dilupakan untuk ditanggalkan terlebih dahulu sebelum tidur.


Mengapa kita perlu menanggalkan barang perhiasan ini? Apakah implikasi pemakaian cincin pada tubuh anda? Jadi, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa keperluan sebelum tidur yang perlu anda amalkan.

Bolehkan Anda Memakai Cincin Sewaktu Tidur?

Sebaiknya buka dan tanggalkan.

Tidak dinafikan, tidur bukanlah aktiviti yang paling berbahaya bagi cincin anda, namun ia adalah lebih baik dan selamat jika ditanggalkan dari jari terlebih dahulu.

Pemakaian cincin sewaktu tidur boleh mendatangkan risiko seperti berikut:

  • Kesukaran mengeluarkan cincin anda pada waktu pagi kerana bengkak semalaman.
  • Boleh mengakibatkan insiden seperti cincin bengkok dan kedudukan permatanya menjadi tidak seperti asal jika terkena bucu katil dan sebagainya.
  • Mencetuskan luka kecil, merosakkan cadar katil selain berisiko sehingga boleh menyebabkan rambut tersekat pada keliling cincin.

Berdasarkan kesan di atas, sebab utama mengapa tidak digalakkan memakai barang perhiasan di tempat tidur adalah berkaitan dengan potensi kerosakan pada barang perhiasan disebabkan oleh penggunaan yang lama, dari siang hingga ke malam.

Penggunaan barang perhiasan ketika tidur boleh dikatakan tidak memberikan kesan yang buruk pada kesihatan, namun ia sedikit sebanyak boleh mempengaruhinya jika tidak diuruskan dengan betul.

Kesan Pemakaian Cincin Sewaktu Tidur – Dari Sudut Kesihatan

Mungkin ia tidak berlaku pada semua individu, namun terdapat potensi yang mana kesan pemakaian cincin terlalu lama boleh menyebabkan alahan.

Di dalam hal ini, kurangnya pendedahan kulit kepada udara selain turut akan menutup sebahagian bahagian kulit pada tempoh yang lama akan memperburuk gejala reaksi.

Anda mungkin akan mula berasa gatal dan kulit akan kelihatan bersisik, kering, dan bahkan menggelupas. Dalam senario yang lebih teruk, pemakaian cincin terlalu lama juga mungkin boleh mengakibatkan kulit melepuh dan munculnya bintik  ruam.


Oleh itu, pertimbangkan keadaan kulit anda apabila memakai perhiasan sewaktu tidur. Bagi anda yang sering berpeluh, keadaan ini akan menghasilkan reaksi antara kulit sekaligus boleh menyebabkan kerengsaan. 

Untuk pengetahuan anda, ada jenis cincin yang jenis selesa dan boleh dipakai dengan selesa pada bila-bila masa, walaupun di tempat tidur. Kebiasaannya cincin yang diperbuat daripada perak atau emas tambahan, ia akan mengandungi nikel, iaitu logam yang menyebabkan kebanyakan reaksi kulit paling teruk.