Untuk pengetahuan anda, ahli farmasi merupakan antara individu yang memainkan peranan yang sangat penting sebagai barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 di negara Malaysia.
Dengan bantuan pengamal perubatan juga, ahli farmasi turut berpengetahuan dalam memberikan rawatan kepada pesakit penyakit kronik dan juga berkhidmat di farmasi untuk menjaga keperluan pesakit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, di Malaysia terdapat 19,341 ahli farmasi yang bekerja di sektor awam dan swasta dengan nisbah satu ahli farmasi untuk setiap 1,694 orang. Dari jumlah tersebut, 11,616 telah didaftarkan dan berkhidmat dengan KKM.

Akademi Alpro Ingin Melahirkan Ahli Farmasi Yang Berkualiti Dan Berpengetahuan
Bagi memastikan kelangsungan industri perubatan selain menjaga keselamatan kesihatan masyarakat, Akademi Alpro kini hadir dengan sebuah inisiatif iaitu sebuah program latihan khusus yang dinamakan Provisionally Registered Pharmacist (PRP).
Program ini memfokuskan kepada kredibiliti dan juga kompetensi seseorang ahli farmasi dalam berurusan dengan masyarakat. Melaluinya, setiap ahli farmasi akan menjalani latihan 1 tahun dan harus lulus sebelum dihantar ke premis yang bertauliah.
Dengan lebih daripada 140 cawangan di seluruh negara, Alpro kini merupakan farmasi komuniti pertama yang menawarkan latihan profesional intensif kepada para ahli sebelum mula berkhidmat kepada masyarakat dalam menangani kesakitan akut dan kronik.
Bukan itu sahaja, Alpro juga telah mempunyai 17 orang preceptors yang merupakan mentor klinikal berpengalaman yang akan membantu calon mempelajari dan melengkapkan pengetahuan khusus mengenai perubatan bagi memberikan sumbangan yang lebih baik kepada masyarakat sekaligus dapat mengembangkan lagi kualiti ahli farmasi tempatan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program PRP Akademi Alpro, boleh hubungi
[email protected].