Carian
Apa Bahan Di Rumah Yang Boleh Dikompos Dan Apa Yang Tidak?
October 5, 2021 Lina Rosli

Jika dilihat dari sudut alam sekitar, kompos dapat membantu perlaksanaan penghutanan semula, pemulihan alam sekitar dan juga menyokong usaha revitalisasi habitat dengan memperbaiki tanah yang tercemar.

Namun, untuk perlaksanaan secara kecil-kecilan di rumah, aktiviti ini membantu anda dalam mengurus bahan-bahan memasak yang tidak boleh digunakan lagi menjadi sesuatu yang berguna untuk tanaman.

Pengkomposan atau composting adalah kaedah terbaik dalam mengurangkan pembaziran dan penghasilan sis sampah di rumah. Ia akan menggunakan barang-barang di dalam peti sejuk yang sudah tidak segar atau tidak elok untuk dijadikan sumber organik kepada tanah selain turut membekalkan beberapa nutrien penting untuk pertumbuhan tanaman.


Bagaimana Anda Boleh Mula Melakukan Pengkomposan?

Anda boleh mula menyimpan bekas di dapur sama ada baldi seramik atau plastik. Daripada situ, anda akan lebih mudah untuk mengumpulkan bahan kompos dan akan menjadi lebih konsisten untuk melakukannya.

Namun, harus diingatkan bahawa tidak semua bahan di dalam peti sejuk anda sesuai untuk dibuat kompos. 

Bahan Yang Sesuai Untuk Dikompos

Sekiranya anda ingin mengetahui apa bahan yang sesuai untuk digunakan bagi menyediakan kompos, anda boleh menggunakan bahan seperti:

  • Produk kertas seperti kadbod, kotak bijirin dan tuala kertas
  • Alas kopi, serbuk kopi dan teh
  • Kulit telur
  • Keratan rumput, jerami
  • Habuk kayu dari kayu reput
  • Sayuran kering, kulit buah
  • Kerepek
  • Serat pembersih vakum dan serat pengering dari kain semula jadi
  • Roti, nasi, pasta

Bahan-bahan di atas ini merupakan bahan organik atau bahan dari tanah yang mudah untuk dikeringkan dan dileraikan tanpa mengeluarkan bau yang kuat dan terlalu busuk. 


Bahan Yang Tidak Sesuai Untuk Dikompos

Kebiasaannya, untuk jenis makanan yang tidak boleh adalah yang melibatkan makanan yang mengandungi sulfur dan besi dalam jumlah yang cukup tinggi yang boleh merosakkan tanaman.

Manakala untuk daging, tulang, ikan, lemak dan produk tenusu pula akan memanaskan tumpukan kompos anda dan sekaligus menghasilkan bau yang sangat kuat dan busuk. Malah apabila anda menggunakan produk yang bukan kering seperti daging, ia akan menarik haiwan dan serangga perosak ke dalam tanah.


Berikut adalah beberapa produk lain yang tidak boleh digunakan sebagai bahan kompos:

  • Bahan tanaman yang berpenyakit
  • Najis haiwan
  • Makanan berminyak
  • Makanan berasid
  • Sisa tinja manusia
  • Kaca
  • Kertas berkilau, kertas pembalut
  • Produk penjagaan kesihatan

Nampaknya penyediakan bahan kompos boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar. Bukan itu sahaja, melalui cara ini juga, ia dapat melupuskan bahan-bahan atau lebihan makanan yang tidak lagi boleh digunakan sekaligus dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan lebih berkesan.

Komen