Bvlgari kini memperkenalkan wangian baharu di dalam koleksi Bvlgari Man yang dinamakan Bvlgari Man Terrae Essence.

Sebelum ini, mereka telahpun memperkenalkan koleksi yang hadir dengan kisah yang menarik dan maskulin untuk wangian mereka selain turut memanfaatkan kekuatan unsur-unsur semula jadi yang tidak berkesudahan menerusi wangian:

  • Bvlgari Man in Black yang memfokuskan kepada unsur api yang sesuai digunakan untuk para lelaki yang ingin tampil berani dan transformatif.
  • Bvlgari Man Wood Essence pula memfokuskan kepada unsur kayu yang melambangkan ikatannya antara kehidupan bandar dan dunia semula jadi. 
  • Bvlgari Man Glacial Essence hadir dengan unsur udara yang sesuai digunakan untuk individu yang ingin memberi inspirasi dan tampil hebat.

Terkini, melalui Bvlgari Man Terrae Essence, ia menampilkan unsur bumi. Ia memfokuskan kepada haruman berasaskan alam semula jadi seperti yang dinyatakan di bukit-bukit dan pohon cemara, bunga-bungaan dan juga di daratan tanah daratan.

Untuk pengetahuan anda, Terrae berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bumi. Selari dengan namanya, Bvlgari Man Terrae Essence haruman yang menawarkan perasaan yang hangat menerusi aroma vetiver berkayu.

Penggunaan aroma vetiver berkayu mewujudkan sejenis haruman bahan mentah yang luar biasa yang turut wangian itu mengingatkan si pemakai kepada pemandangan Itali yang diterangi dengan sinar matahari keemasan.


Terdapat dua vetiver yang digunakan iaitu akar vetiver yang berasal dari Jawa dan juga Haiti. Akar vetiver dari Jawa hadir dnegan aksen kuat dan smoky. Sementara, akar vetiver dari Haiti pula mempunyai haruman yang bersahaja dan lembut.

Dari segi pembungkusan, kolar yang ditampilkan bagi setiap botol diilhamkan oleh keindahan marmar travertine dan menggunakan teknik di mana dua warna yang berbeza disuntikkan ke dalam botol. Manakala untuk rekaan bahagia atas botol pula diinspirasikan dari mercu tanda Rom yang menakjubkan.

Bagi yang berminat, Bvlgari Man Terrae Essence boleh didapati mulai hari ini di semua laman atas-talian Zalora

  • Bvlgari Man Terrae Essence 60ml – RM351
  • Bvlgari Man Terrae Essence 100ml – RM470