Beg kurier merupakan sejenis beg atau plastik pembungkusan yang diperbuat daripada filem poliena atau plastik. Ia hadir dengan binaan tahan lama dan ringan selain turut hadir dalam pelbagai ukuran saiz dan warna yang berbeza.
Untuk memilih ukuran beg kurier yang tepat, anda perlu melakukan beberapa langkah dalam mengenalpasti jenis dan juga saiz produk sebelum mula melakukan pembelian beg kurier.
Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi panduan untuk menentukan ukuran terbaik untuk beg kurier anda dan juga menyenaraikan 3 kedai Shopee yang menawarkan pelbagai jenis beg kurier yang menarik untuk pek pembungkusan anda.
Cara Menentukan Ukuran Produk Anda
Langkah ini tidak perlu dipertimbangkan tetapi perlu dilakukan sebelum anda mula membeli beg kurier r anda secara atas-talian.
Menentukan ukuran beg kurier yang tepat bukan sekadar meletakkan produk anda di atas beg yang dibeli. Namun, ia sebenarnya melibatkan pengiraan yang mudah yang mana anda perlu mengukur panjang, lebar dan tinggi produk anda.
- Mulakan dengan mengukur produk dalam milimeter menggunakan pembaris atau pita pengukur.
- Letakkan produk anda di permukaan licin untuk membantu pengukuran anda menjadi lebih tepat.
- Hitung lebar dan panjang minimum untuk ukuran beg kurier menggunakan formula
- Formula Panjang Minimum = Panjang objek + tinggi objek + tinggi 2 kali ganda + 1/4 inci
- Formula Lebar Minimum = Lebar objek + tinggi objek + ¼ inci
3 Kedai Shopee Yang Menawarkan Pelbagai Variasi Warna Beg Kurier Yang Menarik
Berikut adalah 3 kedai atas-talian yang boleh anda terokai bermula hari ini untuk mendapatkan jenis beg kurier pilihan pada harga yang berbaloi.
Packman.my
Antara kedai yang menjadi pilihan ramai, Packman hadir dengan pelbagai variasi produk khusus untuk para peniaga atas-talian mendapatkan barangan keperluan untuk membungkus produk.
Kedai Packman menawarkan barangan termasuk:
Epanda
Sama seperti Packman, kedai atas-talian Epanda ini merupakan pembekal barangan keperluan untuk pembungkusan produk merangkumi kotak, plastik dan juga pembalut.
Untuk anda yang memerlukan pek pembungkus untuk barangan yang besar dan berat, Epanda menawarkan pelbagai jenis kotak yang boleh didapati dalam pelbagai saiz untuk kotak piza dan juga kotak karton.
Malah, kedai ini turut menawarkan juga beg kurier dengan poket yang dilengkapi dengan poket bagi memudahkan anda untuk meletakkan nota penghantaran yang telah dicetak.
Berikut adalah beberapa produk yang ditawarkan seperti:
Big Box Official Store
Cadangan lain yang boleh anda terokai juga adalah Big Box Official Store. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis kotak yang ditawarkan hampir 100 variasi berbeza sama ada kotak yang telah dicetak, kotak pelbagai guna serta kadbod untuk pembungkusan DIY.
Bukan itu sahaja, anda turut boleh terus mendapatkan kelengkapan lain untuk penghantaran termasuk:
Menarik bukan? Bergantung pada barang anda, anda boleh memilih saiz pek mana yang paling sesuai dengan barang anda. Contohnya, jika anda ingin mengirim pakaian, anda boleh memilih beg kurier jenis biasa iaitu kurier beg. Tetapi jika anda hendak menghantar buku, anda boleh memilih beg kurier jenis bubble envelope ataupun kotak.