Jika senarai produk yang anda inginkan semakin bertambah, jadi ini adalah masa untuk anda mendapatkan kesemua barangan yang anda mahukan pada harga yang lebih rendah.

Sehingga 10 Oktober ini, Sephora mengadakan jualan secara besar-besaran bagi semua ahli kad White, Black dan Gold yang mana anda boleh menikmati diskaun 25% untuk pembelian secara atas-talian.


Bagi pemegang kad Black Sephora, anda boleh menikmati diskaun sehingga 20% tanpa memerlukan pembelian minima sama ada secara fizikal mahupun atas-talian bermula 6 sehingga 10 Oktober.

Manakala pemegang kad Gold Sephora pula boleh menikmati diskaun sehingga 25% dengan pembelian minima RM900 bermula 5 sehingga 10 Oktober.


Antara produk kecantikan dan barangan yang boleh anda dapatkan termasuk Drunk Elephant, La Mer, Dr.Jart+, Selfless by Hyram, Rare Beauty dan bermacam-macam lagi pada harga yang lebih rendah menerusi diskaun yang diberikan.

Jika anda belum lagi ahli kad Sephora Gold atau Black, ini adalah masa terbaik untuk menjadi salah seorang daripada ahli Sephora. Anda boleh mendaftar sama ada dalam talian atau di kedai bermula hari ini.