Sebelum mencucinya beg, amatlah penting untuk anda memeriksa label pada bahagian dalam dengan teliti. Hal ini kerana, untuk setiap bahan yang digunakan pastinya mempunyai kaedah pembersihan yang tersendiri.
Sekiranya label mengatakan beg tidak boleh direndam di dalam air, maka apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu menggunakan kain dan sedikit pembersih lembut untuk menggosok kawasan yang kotor.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda mendapati tidak ada label pada beg, anda boleh mula lakukan cucian pada sebahagian kecil permukaan luar beg terlebih dahulu. Ia bertujuan bagi memastikan ia tidak merosakkan beg sebelum mencuci keseluruhannya.
Cara Mencuci Beg Menggunakan Mesin Basuh
Bolehkah anda mencuci beg menggunakan mesin basuh?
Bagi kebanyakan beg, jawapannya adalah ya. Ia bergantung pada bahan, tetapi kebanyakan beg lebih-lebih lagi beg galas diperbuat dari nilon atau kanvas dan selamat dimasukkan ke dalam mesin basuh. Namun, jika beg itu mempunyai lapisan kulit elakkan daripada melakukan cucian di mesin basih.
- Sekiranya terdapat kotoran pada luaran atau dalaman beg, sapukan sedikit penghilang noda atau sabun pencuci dengan berus lembut di kawasan yang terjejas dan biarkan sekitar 30 minit.
- Tanggalkan tali, poket, atau beg yang lebih kecil yang boleh ditanggalkan dan cuci tangan secara berasingan.
- Buka semua poket yang berzip bagi memudahkan proses cucian. Untuk lebih mudah, terbalikkan bahagian dalam beg keluar supaya tali, zip dan aksesori lain tidak terkena bahagian mesin yang boleh menyebabkan calar dan sebagainya.
- Gunakan sebilangan kecil sabun pencuci lembut dan tetapkan mesin cucian pada kitaran lembut menggunakan air sejuk.
- Setelah selesai, biarkan beg anda kering dibawah cahaya matahari supaya ia tidak meninggalkan bau busuk dan kepam di dalam beg.
Cara Mencuci Beg Menggunakan Tangan
Sekiranya anda merancang untuk mencuci beg menggunakan cara tradisional ataupun tangan, berikut adalah beberapa tips yang boleh anda praktikkan:
- Sekiranya terdapat kotoran pada luaran atau dalaman beg, sapukan sedikit penghilang noda atau sabun pencuci dengan berus lembut di kawasan yang terjejas dan biarkan sekitar 30 minit.
- Kemudian, ambil besin dan isi air suam di dalamnya. Jumlah air yang diperlukan adalah sekitar 2/3 besin dan letakkan sedikit sabun pencuci.
- Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ia boleh merosakkan warna kain.
- Gosokkan beg dengan berus atau kain lembut dan fokus pada bahagian yang kotor. Anda juga boleh menggunakan span mesh untuk menggosok bahagian yang sukar untuk dibersihkan.
- Tiriskan air kotor dan kemudian isi semula besin dengan air sejuk. Bilas beg dengan bersih dan sental sisa sabun dengan sebaik mungkin.
- Biarkan beg kering di udara atau dibawah cahaya matahari tidak langsung (non-direct sun).
Akhir sekali, cara terbaik untuk mengelakkan beg menjadi terlalu kotor dan perlu kerap dicuci, anda boleh mengelap beg dengan kerap untuk bahagian yang mudah untuk dibesihkan. Selepas lap, biarkan ia kering sebaiknya bagi mengelakkan kulat muncul.