Berapa lama susu boleh bertahan jika disimpan di dalam peti sejuk? Persoalan ini sering timbul bagi kebanyakan individu kerana ada beberapa sumber mengatakan bahawa jika ia sudah melepasi tarikh luputnya, susu kotak tersebut tidak lagi sesuai untuk diminum. Tetapi, ada juga yang mengatakan susu tersebut masih elok dan boleh diminum selagi ia tidak mengeluarkan bau yang masam.

Menurut Eat By Date, setelah dibuka, semua susu bertahan sekitar 4 hingga 7 hari setelah tarikh dicetak, jika disejukkan. Sekiranya tidak dibuka, susu keseluruhannya bertahan 5 hingga 7 hari kerana selepas tempoh itu, susu akan mula berkurang lemak dan skimnya.

Sebelum mengulas lanjut mengenai susu, terdapat perbezaan besar untuk setiap label tarikh yang dicetak.

Perbezaan Antara ‘Best Before’ dan ‘Use By’

Tarikh ‘best before’ atau baik sebelum adalah tarikh yang menunjukkan bahawa sesuatu makanan mengekalkan sifat khasnya seperti rasa, aroma, penampilan, kualiti tertentu sebelum mencapai tarikh tersebut.

Namun, untuk mengekalkan kualiti yang berkaitan dengan produk, kandungan vitamin dan lain-lain, produk tersebut haruslah disimpan dengan betul dan bungkusannya belum dibuka.

Biasanya, tarikh ‘baik sebelum’ digunakan untuk produk makanan seperti makanan dalam tin, kering dan  beku. Bukan itu sahaja, kebanyakan makanan atau minuman yang sudah melepasi tarikh ‘baik sebelum’ adalah selamat untuk dimakan tetapi kualitinya mungkin merosot.

Sementara tarikh ‘use by’, ‘best by’ atau ‘penggunaan hingga’, merujuk kepada tarikh sehingga makanan boleh digunakan dengan selamat iaitu dimakan, dimasak atau diproses, setelah ia disimpan dengan betul. Setelah melepasi tarikh ‘penggunaan hingga’, makanan dianggap tidak sesuai untuk dijual atau dimakan berdasarkan Undang-Undang 14 (2) Peraturan EC No. 178/2002.

Jadi, Berapa Lama Susu Boleh Diminum Sebelum Ia Perlu Dibuang?

Menurut FDA, jika susu dibiarkan diluar dan tidak dibekukan selama lebih dari dua jam, ia dianggap tidak selamat untuk diminum.

Namun, terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa susu yang dipasteurisasi harus tetap segar selama 2 hingg 5 hari setelah tarikh penjualannya dan 10 hingg 21 hari secara keseluruhan. 

Bagi memastikan susu lebih tahan lama, elakkan daripada meletakkan susu di bahagian yang mudah terdedah kepada suhu yang tinggi kerana ia dikatakan akan mendorong pertumbuhan bakteria. Malah, anda perlu memastikan tutup botol ditutup rapat supaya mengurangkan pencemaran dan bau secara tidak sengaja dari produk sejuk yang lain.

Ungkapan ‘baik sebelum’ biasanya digunakan untuk menunjukkan kualiti sahaja. Walaupun selepas tarikh ini, makanan selamat dimakan.

Ungkapan lain, ‘berakhir pada’ dan ‘penggunaan sehingga’ pula digunakan untuk menunjukkan hari kemerosotan bermula, selepas itu produk menjadi tidak selamat untuk dimakan.

Manakala, tarikh ‘dijual pada’ adalah arahan bagi memberitahu penjual susu tarikh bagi produk perlu dikeluarkan dari rak dan tidak boleh dijual kepada pelanggan selepas tarikh berkenaan. Oleh itu, bagi setiap tarikh yang dicetak, ia biasanya tidak menunjukkan tarikh yang tepat sebelum susu akan ‘menjadi buruk.’

Sumber: FSAI