Bagi mendapatkan tona wajah dan warna kulit yang menepati ‘standard’ kecantikan di media sosial, ramai individy yang sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk mencuba pelbagai jenis produk pencerah dan pemutih wajah yang terdapat di pasaran.
Perkara ini tidak hanya berlaku di Malaysia sahaja, terdapat banyak lagi negara yang turut hadir dengan pemikiran seperti yang mana telah mencetuskan banyak implikasi dari sudut fizikal dan juga mental.
Malah, apa yang menjadi kerisauan adalah bagi kebanyakan produk pemutih kulit dilihat mendapat permintaan yang tinggi khususnya dalam kalangan wanita tanpa mengira peringkat usia.

Bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini, pengguna seharusnya perlu mendapatkan maklumat yang mencukupi sebelum mengambil keputusan untuk mencuba sesuatu produk.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Produk Pemutih Kulit?
Formulasi produk pencerahan kulit lazimnya terdiri daripada satu atau kombinasi beberapa bahan pencerah seperti:
- Kojic Acid
- Vitamin C
- Alpha-arbutin
- Niacinamide
- Glutathione
- Azelaic acid
- Glycolic acid
- Linoleic acid
- Ekstrak tumbuhan
Secara umumnya, bahan- bahan tersebut bertindak ke atas proses penghasilan melanin, iaitu sejenis bahan dalam badan yang mempengaruhi warna kulit manusia. Namun, harus diingatkan bahawa sesuatu produk tidak semestinya mempunyai kesan yang sama ke atas setiap individu.
Kesan yang berbeza berkemungkinan berpunca daripada perbezaan struktur kulit atau tahap pemasalahan kulit antara individu yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah amalan diet, kawalan hormon, tahap pendedahan terhadap cahaya matahari dan juga kesan daripada aktiviti fizikal di luar rumah.
Apa Yang Dilakukan Oleh Produk Pemutih Kepada Kulit?
Seperti yang dinyatakan di atas, bahan-bahan seperti vitamin C ataupun ekstrak tumbuhan dalam produk pemutihan ini membantu memecahkan gugus melanin yang menyebabkan bintik hitam mucul pada kulit. Apabila ia dihapuskan, tonak kulit akan kembali merata dengan cara menyingkirkan sel-sel kulit mati sekaligus menawarkan sel kulit yang baharu.

Sebilangan besar dibuat dengan semua bahan semula jadi. Namun, ada juga sebilangan produk yang menggunakan bahan peluntur yang menyebabkan berlakunya perubahan yang drastik pada warna kulit.
Oleh sebab itu, bagi mengelakkan kesan yang buruk terhadap kulit, amatlah penting untuk anda menggunakan produk pemutih kulit yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.
Berdasarkan rekod pengawasan mutu produk kosmetik di pasaran, produk yang digunakan untuk pencerahan wajah seringkali dicemari oleh bahan-bahan yang dikategorikan sebagai racun berjadual seperti:
- hydroquinone
- tretinoin
- azelaic acid
- merkuri.
Merujuk kepada Akta Racun 1952, kesemua bahan yang dinyatakan di atas hanya dibenarkan dalam produk farmaseutikal yang berdaftar dengan KKM. Produk sedemikian hanya boleh digunakan di bawah pengawasan profesional kesihatan kerana tanpa pengawasan yang sewajarnya, ianya boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.

Bagaimana Hendak Mengetahui Bahawa Produk Pemutih Yang Digunakan Adalah Selamat?
Secara kasarnya, bagi produk yang memberikan hasil yang diingini dalam masa yang singkat dan pantas biasanya mempunyai kandungan yang meragukan dan perlu diperiksa dengan lebih terperinci sebelum mula membeli.
Oleh itu, cara yang paling mudah untuk mengurangkan risiko penggunaan produk berbahaya adalah dengan memilih produk asas semula jadi yang mengandungi kurang bahan kimia atau hanya menggunakan agen pemutih semula jadi yang mencerahkan kulit.
Salah satu komponen yang umumnya berpotensi membahayakan kulit anda adalah “Hydroquinone”. Bahan kimia ini dapat mencerahkan kulit anda, tetapi hanya sementara. Jika tidak diawasi penggunaannya, bahan kimia ini mampu menggelapkan kulit anda dan kadang-kadang mencacatkan seluruh wajah juga.

Pilih Produk Yang Mengandungi Antioksidan
Terdapat banyak krim pemutih kulit yang menggunakan antioksidan semula jadi dalam produk mereka yang mana ia baik dalam meningkatkan pembaikan kulit yang secara semula jadi akan memberi anda cahaya dan kulit yang sihat. Jadi, sebelum anda membeli produk pemutih kulit, periksa sama ada ia menawarkan sebatian antioksidan atau sebaliknya.
Tidak Menggunakan Produk Yang Mengandungi Bahan Kimia Yang Berat
Bagi individu yang mempunyai kulit sensitif, biasanya anda mempunyai kulit nipis yang mudah rosak. Sekiranya menggunakan produk berasaskan bahan kimia yang berat pada kulit, ia akan merosakkan kulit anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada pakar dermatologi yang bertauliah bagi mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi dan jenis produk yang bersesuaian.
Berhenti menggunakan sesuatu produk kosmetik sekiranya anda mendapati berlakunya tindakbalas sampingan yang tidak diingini pada kulit.
Kekal Konsisten Dalam Memakai Produk SPF
Melanin adalah sebatian penting yang bertanggungjawab untuk pigmentasi dan perlindungan kulit daripada sinaran UV yang teruk dari sinar matahari. Oleh itu, apabila anda menggunakan produk pemuti kulit, ia berpotensi mengancam kerosakan kulit di bawah cahaya matahari.
Inilah sebabnya mengapa banyak pakar dermatologi menyarankan penggunaan pelindung matahari SPF yang baik selepas penggunaan produk pemutih kulit.
Selain itu, lakukan semakan status mengenai produk pemutih kulit yang dibeli menerusi laman web NPRA. Senarai terkini bagi produk kosmetik yang telah dikesan mengandungi bahan-bahan larangan turut akan dipaparkan sebagai rujukan orang ramai.
Sumber: MyHealth