Gardenia adalah pokok renek berbunga atau pokok kecil dengan bunga putih yang sangat indah selain mempunyai aroma eksotik yang kuat dan manis. Berbeza dengan bunga melati, daun gardenia mempunyai panjang antara 3 hingga 8cm. Sementara, daun melati jauh lebih pendek dengan warna hijau gelap pekat.
Untuk pengetahuan anda, tanaman yang tergolong dalam keluarga kopi yang tumbuh di kawasan tropika dan subtropika seperti di Afrika, Asia, Australia, New Zealand dan Oceania.

Disebabkan ia mempunyai haruman yang unik dan menarik, terdapat pelbagai jenis wangian yang menggunakan bunga gardenia telah ditawarkan di pasaran, ia termasuk Gucci Flora Gorgeous Gardenia Eau de Parfum.
Bagi koleksi Gucci Flora Gorgeous Gardenia kali ini, jenama mewah ini membawakan wangian Eau di Parfum yang mana lebih tahan lama selain turut hadir dengan siluet baru berwarna merah jambu dan dipadankan dengan corak Flora yang khas yang direka oleh Alessandro Michele.

Inspirasi untuk Gucci Flora Gorgeous Gardenia hadir dari Miley Cyrus yang mana ia menggabungkan haruman White Gardenia yang cantik itu bersama Jasmine Grandiflorum Absolute sama seperti elemen muzik Miley iaitu rock ‘n’ roll dan elektronik pada masa yang sama.

Selain itu, wangian ini turut menambah wangian Pear Blossom yang ceria yang ingin membawakan getaran kegembiraan dan dalam pada masa yang sama turut menggunakan Sugar Brown sebagai pelengkap rasa manis yang lembut pada Gucci Flora Gorgeous Gardenia.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Gucci Flora Gorgeous Gardenia, ia telahpun mula ditawarkan di kedai Gucci Beauty KLCC, butik Gucci Beauty di Mid Valley dan juga kaunter Gucci Beauty di Sogo South Key.
Untuk pembelian secara atas-talian, ia akan mula dijual pada 11 Oktober 2021 di laman Sephora Malaysia.
Gucci Flora Gorgeous Gardenia, 30ml – RM312
Gucci Flora Gorgeous Gardenia, 50ml – RM394
Gucci Flora Gorgeous Gardenia, 100ml – RM537