Di pasaran, anda boleh melihat pelbagai jenis penawaran madu yang boleh dinikmati. Ia masing-masing mempunyai rasa, tekstur, intensiti dan warnanya yang khas.
Tahukah anda, walaupun terdapat madu yang dikategorikan dari sumber bunga yang sama tetapi rasanya masih boleh berbeza dengan margin yang besar? Oleh itu, perbezaan rasa madu tidak hanya bergantung pada lokasi dan jenis sumber sahaja, malah ia turut dipengaruhi oleh faktor luar yang lain termasuk perbezaan suhu atau tahap hujan.

Bagi pasaran Malaysia, jenis madu yang baik, popular dan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi, adalah seperti:
- Madu Tualang
- Madu Gelam
- Madu Kelulut
- Madu Nanas
- Madu Durian
- Madu Hutan
- Madu Pucuk Daun dan madu Ee Feng Gu
Benarkan Beruang Memakan Madu Dan Tumbuh-Tumbuhan?
Kebanyakan beruang merupakan omnivor oportunis yang makan lebih tumbuhan berbanding makanan berasaskan haiwan.
Salah satu sebab mengapa beruang lebih menggemari madu, beri dan tumbuh-tumbuhan adalah ia merupakan hidangan berzat dan mudah dihadam lebih-lebih lagi sebelum beruang mula berhibernasi.
Oleh itu, beruang akan mencari makanan yang mengandungi sumber protein yang baik selain memberikan tenaga yang mencukupi untuk tempoh yang lama seperti madu.
Menurut Alaska Fish and Wildlife News, beruang sanggup menahan sengat untuk mendapatkan pupae, larva, dan telur berharga di sisir sarang. Setelah beruang mendapatkan sikat brood dan madu, mereka bergegas pergi dan mengeluarkan lebah dari bulu mereka.

Mengapa Madu Turut Dikaitkan Dengan Beruang?
Jawapannya adalah kerana beruang sangat menyukai madu dan tertarik pada sarang lebah termasuk pupae, larva, dan telur yang berharga pada sisir sarang.
Terdapat beberapa ikon atau karakter popular yang mengaitkan madu dengan beruang iaitu Winnie The Pooh dan juga Yogi Bear.
Seperti yang digambarkan dalam cerita Winnie The Pooh, madu atau hunny adalah makanan manis yang dibuat oleh lebah yang mana sangat disukai oleh Winnie. Pot madu yang dilukis di dalam animasi juga kadang kala berfungsi untuk menambah kesihatan Winnie.

Manakala untuk Yogi Bear, ikon atau karakter ini telah digunakan oleh sebuah jenama produk berasaskan madu iaitu Yogi Bear’s Honey Fried Chicken. Ia merupakan rangkaian restoran makanan segera Amerika yang dikembangkan pada tahun 1968.
Rangkaian ini berusaha memanfaatkan populariti watak kartun Yogi Bear, dan pasaran ayam goreng makanan segera yang berkembang dengan kejayaan Kentucky Fried Chicken. Namun disebabkan oleh masalah pengurusan, Yogi Bear’s Honey Fried Chicken tidak berada di dalam industri makanan untuk tempoh yang lama dan hanya beroperasi sekitar 2 tahun sahaja.

Selain karakter animasi, terdapat beberapa lagi jenama yang menggunakan beruang sebagai ikon untuk produk mereka seperti Honey Bears, Three Bears Honey Co., Teddy Bear Honey dan Dutch Golden.
Penggunaan haiwan beruang di dalam pemasaran produk madu ini mungkin dapat dikaitkan dengan kebaikan madu yang terkandung sehingga menyebabkan beruang menggemari sumber makanan tersebut.
Sumber: Alaska Salviamoroso