Lazimnya, untuk peranti elektronik yang menggunakan alat kawalan jauh, ia memerlukan bateri AA sebelum boleh mula dihidupkan dan digerakkan.

Untuk pengetahuan anda, bateri AA hadir dalam kapasiti, voltan, ciri pelepasan dan ciri lain yang berbeza. Antara jenis-jenis bateri AA yang terdapat di pasaran termasuk jenis alkali, NiZN, NiMH, NiCD, litium dan juga bateri yang boleh dicas semula.

Oleh itu, jika anda mengetahui perbezaan jenis bateri dan menggunakannya dengan tepat, ia akan membantu memanjangkan hayat bateri dan peralatan elektronik anda.


Penggunaan Bateri Alkali Dalam Peranti Harian

Bateri AA alkali adalah jenis bateri standard yang banyak dijual dan boleh digunakan di hampir semua peranti elektronik pengguna yang berkuasa rendah dengan murah dan berkesan.

Jam dinding, pencahayaan aksen bukan utama, lampu suluh yang lebih kecil, alat kawalan jauh televisyen, konsol permainan dan mainan, gajet di dapur dan juga alat dandanan seperti pengering rambut dan sebagainya.


Walaupun biasanya bateri AA alkali tidak boleh dicas semula, namun terdapat juga pilihan bateri AA alkali yang boleh dicas semula dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama. Namun apabila ia dicas semula, kapasiti bateri ini akan mula turun dengan cepat.

Oleh sebab itu, adalah lebih baik jika anda membeli bateri alkali jenis biasa jika ingin menggunakannya mungkin bukan pilihan terbaik untuk peranti yang anda ingin gunakan setiap hari.

Perbezaan Antara Bateri AA Dan AAA

Seperti yang anda tahu, bateri akan dikelaskan mengikut keperluan semasa. Oleh sebab itu, bateri ditawarkan dalam saiz yang berbeza. Di sini kita akan membezakan antara dua jenis bateri alkali iaitu AA dan AAA.

Kedua-dua bateri AA dan AAA menggunakan jumlah voltan yang sama tetapi berbeza dalam kaedah yang digunakan dalam menyampaikan voltan ini.

Penawaran Kuasa Yang Berbeza

Bateri AA boleh digunakan sedikit lebih lama selain ia mengandungi lebih banyak lilitan atau gegelung berbanding bateri AAA. Fungsi gegelung adalah untuk memberikan percikan voltan tinggi walaupun pada kelajuan rendah, menjadikan permulaan lebih mudah.

Jadinya, apa yang membezakan kedua-dua jenis bateri iaitu AA dan AAA adalah kuasa yang ditawarkan.

Oleh itu, peralatan yang memerlukan lebih banyak kuasa seperti jam elektronik, kamera, lampu akan dikendalikan menggunakan bateri AA sementara alat yang lebih kecil seperti mainan dan alat kawalan jauh menggunakan bateri AAA. Namun, ada juga mainan kanak-kanak mengambil lebih banyak kuasa dan menggunakan bateri AA.

Jangka Hayat Operasi

Jika alat kawalan atau peralatan tersebut mempunyai lebih daripada satu sel bateri, makanya ia pastinya memerlukan kuasa yang lebih tinggi bagi meningkatkan masa operasi.

Bateri AAA mempunyai kuasa yang lebih rendah selain campuran kimia di dalamnya tidak sebanyak bateri AA. Ia sekaligus menjadikan jangka hayatnya lebih pendek dan tidak tahan lama.


Secara ringkasnya, perbezaan antara bateri AA dan AAA merangkumi:

Bateri AA:
  • Lebih panjang dan lebih luas
  • Tahan lebih lama daripada AA kerana kapasiti simpanannya
  • Digunakan dalam peranti yang memerlukan lebih banyak kuasa seperti mainan dan kamera
Bateri AAA:
  • Lebih kecil dan tirus dari saiz AAA
  • Bahan kimia yang lebih cepat habis
  • Digunakan untuk menghidupkan peranti kecil dan mudah alih

Sumber: Enegitech