Sejak pelancaran siri Samsung Galaxy Z baru-baru ini, ia dilihat telah mengubah persepsi ramai individu dalam memilih peranti pintar yang ingin digunakan tidak kira sama ada bagi tujuan produktiviti, komunikasi, kreativiti dan banyak lagi.

Bukan sekadar itu, dengan kehadiran penarafan IPX8 bagi siri Galaxy Z, ia telah menjadikan Samsung sebagai jenama peranti lipat pertama di dunia yang mempunyai ketahanan terhadap air.

Jika dilihat dari sudut penawaran teknologi dan inovasi yang ditampilkan pada kedua-dua Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3, ia dilihat memfokuskan kepada fleksibiliti sekaligus selari dengan gaya hidup dan norma masa kini.

Bercakap mengenai gaya hidup juga, sudah tentu kadar pelaksanaan kerja dan aktiviti menggunakan gajet dan peranti pintar adalah tinggi. Oleh sebab itu, ramai individu kini menjadikan kriteria kebolehan multi-tugasan sebagai salah satu elemen penting yang banyak dicari sebelum mendapatkan telefon pintar yang baharu.

Bermula dari pemaparan skrin yang diperluas sehingga kepada keselesaan pengguna sepanjang penggunaan, siri Galaxy Z nampaknya telah mencipta semula pengalaman yang baru sewaktu menggunakan Samsung Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 untuk semua.

Pengalaman Dr. Fazril Razif, Seorang Pensyarah Kanan & Tenaga Pengajar Kecergasan Sewaktu Menggunakan Siri Galaxy Z

Dr. Fazril Razif merupakan seorang pengguna Samsung Galaxy yang setia. Menurut beliau, Samsung dilihat sentiasa mementingkan praktikaliti dan inovasi dalam semua aspek untuk kebanyakan peranti mereka.

Lebih-lebih lagi untuk siri Galaxy Z dan Galaxy Watch4, Dr. Fazril Razif berpendapat bahawa perlaksanaan tugasan menjadi lebih mudah untuk dilakukan.

Oleh kerana rutin hariannya yang padat dan memerlukan beliau untuk menyemak emel, menyelaraskan mesyuarat dan mengadakan perbincangan dengan pelajar serta berhubung dengan rakan kerja mengenai projek penyelidikan, maka perkara utama yang dicari di dalam telefon pintar adalah ciri multi-tugasan yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti.


Kebolehan Multi-Tugasan Tanpa Had

Bagi mendapatkan kesemua keperluan yang dicari, Dr. Fazril Razif merasakan Samsung Galaxy Z Fold3 merupakan pilihan yang paling tepat untuk beliau. Sewaktu memegang dan menggenggam telefon di telapak tangan, Samsung Galaxy Z Fold3 terasa sangat kukuh dan selesa.

Malah, pengalaman penggunaan juga sangat efisien yang mana beliau dapat membuka tiga aplikasi pada masa yang sama menggunakan App Split View, dan kemudian boleh melakukan suntingan dokumen dengan lebih mudah tanpa perlu menghidupkan komputer riba.


Di tambah lagi dengan kehadiran saiz skrin yang besar sekitar 7.6-inci Dynamic AMOLED 2X dan penawaran kadar segar semula 120Hz, beliau boleh memaksimakan penggunaan harian termasuk menatal garis masa di media sosial, membalas mesej di aplikasi pemesejan, menonton video di mana sahaja pada skrin yang lebih besar serta bermain permainan mudah-alih pada kualiti yang baik.

Rakaman Momen Indah Menjadi Lebih Mudah

Menerusi Samsung Galaxy Z Fold3 5G juga, Dr. Fazril Razif dapat menikmati pelbagai pengaturan fotografi termasuk Night Portrait, Single Take (Dynamic Video), Director’s View, dan penuras AI face.



Sementara bagi peranti Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula, rakaman swafoto menjadi lebih mudah menggunakan ciri Quick Shot terus pada skrin luar. Nampaknya, dengan penambahan saiz 4 kali ganda berbanding model terdahulu, Galaxy Z Flip3 5G telah menjadi telefon kompak dengan pelbagai keistimewaan dan fungsi tambahan yang sangat berguna untuk kegunaan harian.

Dilengkapkan lagi dengan bantuan mod Flex canggih, anda boleh merakam video dan gambar yang berkualiti dengan lebih bebas selain boleh meletakkan telefon di mana-mana permukaan yang rata tanpa perlu membawa monopod.


Samsung Galaxy Watch4 – Pelengkap Ekosistem Galaxy Z

Bercerita tentang Galaxy Watch4, ia merupakan sebuah lagi peranti Galaxy pilihan Dr. Fazril Razif dalam melakukan aktiviti kecergasan.

Antara fungsi yang menarik perhatian beliau adalah kebolehan jam tangan pintar tersebut dalam mengurus dan mengesan latihan yang telah dilaksanakan. Malah, Galaxy Watch4 turut hadir dengan maklumat mengenai kesihatan jantung dan komposisi tubuh secara tepat.


Di samping itu, beberapa kelebihan Galaxy Watch4 yang lain termasuklah:

  • Mengesan corak tidur
  • Mengetahui skor tidur
  • Melakukan pengesanan dengkur
  • Memantau kapasiti oksigen dalam darah
  • Menganalisa perkembangan kecergasan dan waktu rehat

Jadi, Manakah Peranti Yang Paling Bersesuaian Untuk Anda?

Bagi anda yang memerlukan peranti utama yang berkebolehan dalam meningkatkan produktiviti sepenuhnya , maka Samsung Galaxy Z Fold3 5G adalah pilihan yang terbaik untuk membantu anda memanfaatkan segala spesifikasi yang ditawarkan.

Namun, jika anda menggemari peranti yang berkebolehan untuk mengekspresi diri selain menampilkan reka bentuk ikonik dan ciri-ciri yang lebih baik, seharusnya anda memilih Samsung Galaxy Z Flip3 5G.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh melengkapkan ekosistem Galaxy anda dengan turut mendapatkan sekali Samsung Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2. Ia bukan sahaja pilihan yang tepat untuk produktiviti, malah ia turut membantu anda menguruskan segala keperluan semuanya dalam satu ekosistem.

Jadi, tunggu apa lagi? Sehingga 31 Oktober 2021, Samsung menawarkan  ebaucar RM500 dan pelan Samsung Care+ setahun bernilai RM799 di atas pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G. Bagi peranti Galaxy Z Flip3 5G pula, anda boleh menikmati ebaucar RM350 dan pelan Samsung Care+ satu tahun bernilai RM699..