Untuk penggemar makanan makanan mudah dan pantas, nampaknya anda pasti tidak ingin ketinggalan dengan menu terbaru daripada FamilyMart iaitu, Tuna & Crab Wrap.


Ia merupakan hidangan terbaru dibawah pilihan sandwic. Sebelum ini, FamilyMart telahpun hadir dengan menu BBQ ayam untuk variasi wrap mereka. Namun kini, ia menampilkan inti yang lebih memfokuskan kepada penggemar makanan laut. 

Bersama-sama inti tuna dan ketam, pilihan wrap ini turut menawarkan sayuran dan juga salad segar bersama sos mayonis yang meyelerakan. Sudah pasti, menu ini sangat sesuai untuk hidangan sarapan pagi anda.


Selain itu, anda turut boleh mendapatkan hidangan minuman yang menyegarkan pada hari panas iaitu Tiramisu MilkShake. Ia menggabungkan perisa susu dan juga kopi dengan tambahan sedikit keju dan serbus koko pada bahagian toppings.

Untuk mendapatkan kedua-dua menu ini, anda anda boleh berkunjung ke Family Mart berdekatan anda bermula hari ini.

  • Tuna & Crab Wrap berharga RM7.90
  • Tiramisu MilkShake berharga RM67.90