Tidak dinafikan, Ferrari sememangnya menawarkan lebih dari 30 warna cat yang berbeza untuk kesemua model kereta mewahnya. Ia pernah ditawarkan dalam warna perak, kuning, hijau, biru, hitam, putih dan merah.


Namun, jika dilihat di atas jalan raya, anda akan melihat bahawa warna merah adalah warna pilihan bagi kereta Ferrari. Apakah yang menjadi faktor kepada populariti warna merah tradisional? Mengapa Ferrari sering dikaitkan dengan warna merah berbanding jenama kereta mewah yang lain?
Jualan Kereta Ferrari Warna Merah Adalah Yang Tertinggi
Menurut Rossa Automobili, permintaan model kereta Ferrari berwarna merah dilihat melebihi 85% pada tahun awal 1990-an.
Trend kereta mewah berwarna merah ini bermula dengan Enzo Ferrari. Pada ketika itu, beliau menghadiri perlumbaan di Itali yang mana semua pemandu perlumbaan Fiat memandu kereta merah dan ia dilihat sebagai warna tradisional bagi kenderaan milik Itali.

Untuk pengetahuan anda, masyarakat terdahulu sangat mementingkan identiti bagi produk keluaran negara mereka. Sebagai contoh, bagi kereta mewah yang dikeluarkan Inggeris, ianya akan dicat hijau, sementara kereta Perancis pula akan berwarna biru dan kereta milik Itali dicat dengan warna merah.
Oleh sebab itu, sebagai syarikat Itali, Ferrari harus menggunakan cat merah pada model kereta mereka yang dikenali sebagai ‘Rosso Corsa’. Ia dicatkan pada keseluruhan badan kereta lumba yang kini turut digunakan oleh kebanyakan model baru bagi kereta Ferrari.
Tahukah Anda 15 Model Kereta Ferrari Hadir Dalam Warna Yang Berbeza?
Berikut adalah 15 warna merah yang pernah dikeluarkan dan digunakan oleh kereta mewah Ferrari.
- Rosso Barchetta – Ia adalah pilihan warna merah gelap yang indah. Dalam bahasa Itali, ia merujuk kepada ‘kapal kecil,’ yang sama kepada bentuk kereta lumba Ferrari awal.
- Rosso Berlinetta – Secara teori, ia adalah warna khusus bagi Ferrari F12berlinetta. Ia adalah cat tiga lapis dengan kilauannya luar biasa apabila diletakkan di bawah sinar matahari langsung.
- Rosso Cina – Ia adalah warna bukan logam yang digunakan oleh Ferrari pada tahun 1960-an.
- Rosso Corsa – Ia merupakan warna asal Itali dan menjadi lambang utama bagi jenama Ferrari.
- Rosso Dino – Warna merah ini kelihatan hampir berwarna jingga. Ia diperkenalkan pada tahun 1960-an dan diperkenalkan semula pada tahun 2002 ketika pelanggan Ferrari.
- Rosso Fiorano – Ia adalah pilihan warna merah yang lebih gelap.
- Rosso Magma – Warna baru yang awalnya digunakan sebagai warna Maserati. Kemudiannya ia ditawarkan kepada kereta Ferrari melalui program Tailor Made.
- Rosso Maranello Opaco – Berdasarkan perkataan Itali untuk ‘matte,’ cat opaco semakin popular. Yang ini berdasarkan pada warna tiga lapisan logam Rosso Maranello.
- Rosso Metallizzato – Salah satu warna yang lebih gelap yang mana hampir menunjukkan warna ungu.
- Rosso Singapura – Ia menampilkan garis-garis lumba dalam warna Singapura, sandaran kepala bersulam Lion dan plak unik untuk memperingati majlis ulang tahun Ferrari yang ke-50 di Singapura.
- Rosso Mugello – Dinamakan sempena Autodromo Internazionale del Mugello, warna merah ini sedikit lebih gelap daripada biasa dan melengkapkannya adalah gabungkan dengan roda gangsa.
- Rosso Scuderia – Salah satu warna merah terang yang boleh kelihatan oren dari semasa ke semasa. Dinamakan sempena pasukan Ferrari Formula 1, Rosso Scuderia digunakan pada tempat duduk tunggal antara 2003 dan 2007.
- Rubino Micalizzato – Warna ini pada masa ini hanya tersedia atas permintaan dan bukan sebahagian daripada palet biasa.
- Rosso Vinaccia – Walaupun Rosso Vinaccia diterjemahkan ke dalam ‘anggur merah’ dalam bahasa Inggeris. Ia mendapat inspirasi dari warna sisa-sisa anggur setelah jusnya dikeluarkan.
- Rosso Portofino – Rosso Portofino diperkenalkan bersama dengan Ferrari Portofino pada tahun 2017.

Walau bagaimanpun, permintaan untuk kereta berwarna merah telahpun menurun kepada 40% pada tahun 2015. Faktor ini mungkin disebabkan pembelian pada peringkat yang lebih besar iaitu pelanggan global mahu tampil lebih unik seperti diperibadikan tanpa perlu menitikberatkan nilai kebangsaan Itali.
Bahkan Ferrari juga menyatakan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan kereta baru milik mereka tidak lagi dilancarkan dengan warna merah seperti 458 Speciale Aperta dan F12tdf yang mana keduanya dilancarkan dengan warna kuning, sementara LaFerrari Aperta berwarna hitam dan 488 Pista Spider berwarna putih.
Sumber: rossoautomobili