Carian
IKEA Dijangka Tawar 50% Makanan Berasaskan Tumbuhan Menjelang 2025 – Turut Mengurangkan Tawaran Daging Merah Sebanyak 80%
October 13, 2021 Lina Rosli

Nampaknya, IKEA juga telah mula menambah makanan berasaskan tumbuhan di dalam senarai menu di kafe dan restoran mereka. Menurut IKEA, penawaran ini diinspirasikan oleh misi dan visi bagi menampilkan kehidupan harian yang lebih baik dan lestari.

Selain itu juga, peruncit dari Sweden ini turut mengumumkan bahawa IKEA akan meningkatkan pengeluaran pilihan menu berasaskan tumbuhan sekaligus akan mengurangkan penggunaan daging sebagai inisiatif kelestarian dan membantu alam sekitar ke arah yang lebih baik.


Menjelang 2025 ini, IKEA dikatakan komited untuk menyediakan 50% daripada senarai menu mereka adalah makanan berasaskan tumbuhan dan 80% daripadanya adalah makanan dari daging bukan merah. Perancangan ini juga tertakluk kepada penawaran makanan bungkus atau makan sedia makan mereka yang mana 80% daripadanya adalah berasaskan tumbuhan. 

Senarai Hidangan Berasaskan Tumbuhan Yang Kini Ditawarkan Di IKEA Malaysia

Antara hidangan dari tumbuh-tumbuhan yang boleh anda dapatkan bermula hari ini termasuklah:

  • Burger Berasaskan Tumbuhan – diperbuat daripada patti dan roti yang berasaskan bahan-bahan hijau
  • Schinitzel Berasaskan Tumbuhan
  • Jejari Ikan Tanpa Ikan
  • Pasta Tomato Veggieball
  • Wrap Veggieball
  • Scrambled Egg Croissant 
  • Salad

Walau bagaimanapun, untuk menu Burger Berasaskan Tumbuhan (Plant- Based Burger) ianya ditawarkan untuk tempoh terhad iaitu sehingga 31 Oktober 2021 sahaja.

Bagi anda yang ingin mencubanya, kesemua makanan berasaskan tumbuhan ini ditawarkan pada harga yang berpatutan. Bermula dari dari RM4.90 sehingga ke RM12.90 yang mana telah boleh dinikmati di kesemua Restoran IKEA Malaysia.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih untuk menikmati hidangan berasaskan tumbuhan ini sama ada melalui pesanan di kaunter restoran IKEA ataupun menerusi perkhidmatan IKEA Food Order & Collect. 

Komen