Dengan kehadiran dasar perniagaan yang kuat, jenama pakaian Louis Vuitton merupakan antara 15 dari jenama paling mewah dan mahal di dunia selain Chanel, Christian Dior dan Versace.
Louis Vuitton telahpun memperkasakan pasaran pakaian sejak dari tahun 1854 yang mana mereka menampilkan produk mereka sangat unik dan mempunyai penjenamaan yang kuat bagi setiap rekaan.
Pada setiap musim mereka akan melancarkan trend baru sekaligus menjadikannya relevan untuk setiap masa di samping tetap mengekalkan kelas, nilai dan kualiti produk. Oleh itu, dengan sasaran penjualan minimum dan kos pembuatan yang tinggi, Louis Vuitton menawarkan produk yang paling mahal di dunia.
Tahukah Anda, Patung Beruang Steiff X Louis Vuitton Adalah Item Fesyen Paling Mahal Di Dunia – Bernilai $2.1 Juta?
Steiff adalah jenama patung beruang atau teddy bear yang ikonik dalam industri fesyen. Disebabkan penawaran kualiti yang tinggi, Steiff Teddy Bear sangat terkenal di peringkat antarabangsa.
Dengan kolaborasi bersama jenama fesyen terkenal Louis Vuitton, Steiff Teddy Bear dikatakan bernilai $2.1 juta. Ia merupakan patung termahal yang pernah dijual di mana-mana acara fesyen. Menjadikan patung beruang ini mahal, ia memperagakan pakaian dari kepala hingga kaki berjenama Louis Vuitton.
Siapakah Yang Membeli Steiff X Louis Vuitton?
Dibuat pada tahun 2000, Steiff bergabung dengan jenama mewah fesyen Louis Vuitton untuk menjadikan patung beruang mereka sebagai item fesyen yang termahal di dunia.
Jessie Kim merupakan pengumpul patung beruang yang berasal dari Korea. Beliau membeli Steiff Louis Vuitton Teddy Bear pada tahun 2011 dan menempatkannya di Teddy Bear Museum di Jeju, Korea.
Mengapa Steiff Menampilkan Patung Beruang Yang Mahal?
Untuk pengetahuan anda, Steiff dilihat masih menggunakan bahan dan teknik pembuatan tradisional yang menjadikannya sangat unik dan berharga berbanding patung beruang yang lain.
Bercerita lanjut mengenai bahan yang digunakan pada Steiff, bagi setiap bulu yang ditampilkan pada patung tersebut, ia mengandungi benang keemasan. Manakala pada bahagian hidung dan mata pula, Steiff menggunakan bahan yang terdiri daripada berlian.
Sejak tahun 1880, Steiff telah membuat mainan mewah dan koleksi yang menetapkan standard kualiti dunia. Menurut Emerson yang merupakan seorang ahli sejarah Steiff, faktor utama yang menjadikan Steiff Teady Bear berkualiti adalah penggunaan fabrik premium selain membawakan rekaan patung yang bersendi yang dikatakan menampilkan seni realism.
Selain menawarkan Steiff Teddy Bear yang memperagakan set koleksi dari Louis Vuitton, jenama ini turut pernah memperkenalkan patung beruang yang memperlihatkan corak monogram ikonik Louis Vuitton. Ia merupakan patung beruang yang kedua termahal di dunia yang berharga $182,000.
Patung beruang ini dibuat secara bebas oleh mogul fesyen Louis Vuitton bersempena meraikan ulang tahun ke-150 jenama Louis Vuitton. Patung ini hanya ditawarkan sebanyak 500 unit dengan nama comel DouDou dan juga hanya dijual di Monaco iaitu kota orang kaya.