Carian
MEDICOS, PPUM Hadir Dengan Kempen Kesedaran Kanser Payudara – Tampilkan Pelitup Muka Khusus, Buku Pink Agent
October 13, 2021 Lina Rosli

Sudah memasuki tahun kedua, MEDICOS melaksanakan Kempen Kesedaran Kanser Payudara yang mana untuk tahun 2021, mereka telah bekerjasama dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Candy Girls bagi menbantu individu yang terkesan.

Melalui kempen ini juga, semua pesakit kanser payudara dan penjaga mereka akan bercerita dan berkongsi pengalaman bagi membantu perjuangan melawan penyakit ini.

Dalam kempen yang sama, MEDICOS bersama dengan Candy Girls memperkenalkan video kempen yang memperincikan perjalanan seseorang pesakit kanser payudara, kesukaran dan ketakutan yang terpaksa mereka hadapi dalam perjuangan melawan penyakit ini.


Menurut Pengarah PPUM, kebanyakan pesakit biasanya memerlukan sistem sokongan, dan pasukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sentiasa bersedia untuk mendengar masalah mereka dan membantu pesakit kanser payudara sebaik mungkin.

Berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCRR) 2012 hingga 2016, kanser payudara kini dialami 34 bagi setiap 100,000 wanita di Malaysia. Terdapat peningkatan yang ketara dari segi peratusan berbanding tahun 2007 hingga 2011.

Seperti yang anda sedia maklum, kanser payudara mempunyai beban penyakit yang mempengaruhi 31.1 peratus daripada semua wanita di Malaysia. Oleh itu, amat penting untuk setiap individu melakukan langkah awal dengan cara kunjungi ke hospital bagi mendapatkan pengesanan awal. 


Sebagai contoh, jika kanser payudara ini dikesan dan dirawat pada tahap 1, kadar dapat terus hidup boleh mencapai setinggi 95%. Oleh itu, adalah penting untuk kita memahami risiko kanser payudara dan mengambil langkah proaktif lebih-lebih lagi bagi individu wanita yang berusia 50 tahun ke atas untuk menjalani ujian mamogram hari ini.

Sempena dengan kempen ini juga, MEDICOS memperkenalkan pelitup muka merah jambu edisi khas yang direka oleh artis Malaysia berbakat, Dr Caryn Koh. Beliau merupakan pemenang pertandingan 2020 Breast Cancer Face Fabric Mask Design, pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia.

Bagi yang berminat, pelitup muka merah jambu edisi khas ini boleh dibeli di Watsons, Farmasi Caring, rangkaian peruncit-peruncit bebas lain ataupun anda juga boleh memesannya di platform edagang terkemuka sepanjang bulan ini. Sebahagian daripada hasil jualan pelitup muka ini akan disumbangkan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam usaha mereka memerangi barah payudara.


Bukan itu sahaja, pada acara pelancaran kempen juga buku “Pink Agent” telah diperkenalkan yang mana ia adalah buku pertama dalam bahasa Mandarin yang menceritakan mengenai kanser payudara di Malaysia yang akan dikeluarkan pada 24 Oktober.  Buku ini ditulis bersama oleh bekas pesakit barah payudara Cik Sia Sock Fong, pakar diet Goh Yoke Lian dan Dr Tan Hui Ting.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Hope is Just Around The Corner” dan untuk menonton video testimoni dari Candy Girls, sila layari: https://medicos.com.my/pink dan laman Facebook Rasmi MEDICOS.

Komen