Bersempena dengan penggunaan peralatan baru oleh rangkaian restoran terkenal, Nando’s, jenama ini dilihat menawarkan pembelian pinggan dan mangkuk terpakai (preloved) kepada umum.


Menurut Nando’s, untuk semua hasil yang dijana melalui setiap pinggan atau mangkuk yang berjaya dijual, ia akan didermakan kepada The Lost Food Project. Serba ringkas mengenai TLFP, mereka adalah organisasi menyelematkan lebihan bahan makanan yang disediakan oleh pelbagai restoran dan menawarkannya kepada golongan yang memerlukan. 


Tambah Nando’s lagi, penjualan pinggan ini turut bertujuan bagi mengingati kenangan sepanjang perkhidmatan selain ingin menyebarkan kebaikan dan kegembiraan penggemarnya di rumah.

Bagi yang berminat, setiap pinggan dan mangkuk dijual pada harga RM2.00 dan ianya terhad 8 pinggan seorang. Pembelian ini boleh dilakukan di semua rangkaian Nando’s di Malaysia kecuali Citta Mall, Mid Valley Megamall, Intermark, IPC, IOI City Mall serta restoran di Sabah dan Sarawak. Jangan lepaskan peluang sementara stok masih ada.


Berikut adalah beberapa terma dan syarat lain yang perlu diikuti:

  • Penawaran pinggan dan mangkuk terpakai Nando’s tidak boleh dijual semula
  • Peralatan makan terpakai oleh Nando’s bukan untuk kegunaan komersial
  • Bawa beg atau kotak pembawa anda sendiri