Taisho Pharmaceutical telah melancarkan LOCOA (Esflurbiprofen). Ia merupakan patch transdermal yang dihasilkan bagi membantu pesakit osteoarthritis meredakan kesakitan yang menjejaskan pergerakan dan aktiviti harian mereka.

Osteoarthritis merupakan sejenis penyakit sendi yang kerap dialami oleh kebanyakan individu di seluruh dunia. Penyakit ini merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam kekurangupayaan global.


Hal ini kerana, apabila seseorang menghadapi penyakit osteoarthritis, ia berkemungkinan besar boleh menyebabakan rasa sakit yang lebih kerap pada bahagian tulang. Justerunya langkah-langkah pencegahan awal perlu diambil agar dapat memperhatikan tahap rawatan yang bersesuaian boleh dilaksanakan.


Siapa Yang Kerap Mengalami Osteoarthritis?

LOCOA yang dihasilkan di Jepun telah diluluskan sejak 2016 bertujuan memberi pelbagai pilihan kepada pesakit osteoarthritis dalam mengurangkan kesakitan secara lebih efektif.

Penyakit ini kerap dialami oleh golongan lelaki sebelum usia 45 tahun dan wanita selepas usia 45 tahun. Antara simptom yang biasa dihadapi pesakit termasuklah:

  • Sakit sendi
  • Kkejangan sendi-sendi
  • Bengkak sendi
  • Kehilangan fungsi dan perubahan kepada rupa sendi
  • Kuatan sendi berkurangan
  • Lutut berbunyi 
  • Sakit apabila sekeliling sendi ditekan

Fungsi LOCOA Untuk Pesakit Osteoarthritis

Matlamat utama rawatan osteoarthritis adalah untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan pada sendi dan menjaga fungsi sendi. Oleh itu, patch LOCOA mengandungi perencat COX yang sering digunakan dalam rawatan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh osteoarthritis.

LOCOA mempunyai penyerapan transdermal yang tinggi selain memberi peningkatan analgesik yang tinggi. Selepas ini, pesakit osteoarthritis boleh memilih LOCOA dalam membantu meredakan kesakitan selain daripada berehat, meregangkan badan, mengurangkan berat badan, terapi fizikal, terapi carakerja atau menggunakan alat sokongan mekanikal seperti pendakap lutut.

Berdasarkan kajian, LOCOA disahkan hadir dengan keselamatan rawatan jangka panjang yang dijalankan selama 52 minggu. Penggunaan LOCOA hanya mempunyai kesan sampingan (ADR) yang minima dan hanya perlu menggunakan satu patch sehari kerana kesannya yang kekal sepanjang 24 jam.

KKLIU 2358/2021