Kini, anda boleh mengunjungi dan menikmati aroma kopi yang dipanggang khusus mengikut citarasa anda di kedai kopi terbaru Starbucks Reserve di Tropicana Gardens Mall.
Starbucks Reserve merupakan kedai kopi terbesar yang membawakan pilihan biji kopi unik dan jarang-jarang ditawarkan di Starbucks biasa.
Melalui penawaran Starbucks Reserve ini juga, ia turut menampilkan pilihan kaedah panggangan yang sememangnya istimewa untuk setiap individu bagi berkongsi penemuan dan kenikmatan kopi luar biasa dari seluruh dunia dunia.
Bukan itu sahaja, untuk setiap biji kopi yang tersedia pada kedai ini juga, ia hadir dengan kaedah pembuatan, penuaian dan penanaman yang berbeza bagi memberikan hasil yang penuh dengan rasa menarik.
Seperti di kebanyakan Roasteries di negara yang lain, Starbucks Reserve Tropicana Gardens Mall turut hadir berbeza dengan rekaan dan hiasan dalaman kedai Starbucks yang biasa. Di dalamnya, anda boleh melihat kaedah penyediaan kopi dengan mata anda sendiri oleh para barista terlatih melalui teknik yang berbeza seperti Chemex, pour-over, Siphon dan banyak lagi.
Jangan ketinggalan untuk mengunjungi Starbuck Reserve terbesar di Malaysia bermula hari ini!