Asal usul kerajang aluminium bermula pada awal tahun 1900-an. Penghasilan foil aluminium yang paling awal berlaku di Perancis pada tahun 1903. Manakala pada tahun 1911, Tobler yang berpangkalan di Switzerland mula membungkus coklat barnya dengan foil iaitu Toblerone.


Pengeluaran keranjang aluminium meningkat di Amerika Syarikat bermula pada tahun 1913 iaitu sewaktu penawaran komersial pertama menerusi gula-gula Life Savers. Sejak dari itu, permintaan untuk keranjang aluminium melambung tinggi di kebanyakan negara.


Ia juga telah banyak digunakan dalam pelbagai sektor dan industri yang melibatkan pembungkusan makanan supaya ia menjadi lebih tahan lama. Apa yang dilakukan pengeluar adalah, mereka menambah prosedur pengedap dan pelapisan yang lebih baik agar tidak menjejaskan kualiti produk.

Terdapat pelbagai fungsi keranjang aluminium yang bukan sekadar untuk pembungkusan makanan sahaja. Di rumah, individu akan menggunakan kerajang aluminium untuk penyimpanan dan membungkus makanan seperti daging untuk mengelakkan mereka kehilangan kelembapan ketika memasak.


Berikut adalah 5 fungsi lain yang dilihat boleh memudahkan lagi kehidupan anda.

Sebagai Berus Pencuci Atau Pembersih Kerak

Tindak balas kimia akan menyebabkan kotoran berpindah dari pinggan mangkuk ke aluminium foil. Caranya, anda boleh bentukkan keranjang aluminum menjadi bentul bulat dan pastikan bahagian yang berkilat adalah di luar.

Kemudian, tuangkan 1/4 serbuk soda ke dalam cawan dan tambah satu gelen air panas. Kacau dan biarkan rendam selama 10 hingga 15 minit sebelum mula mencuci kerak.

Melindungi Kad Kredit Atau Kad Tambah Nilai

Sekiranya anda mempunyai kad kredit dengan cip RFID, anda mungkin akan terdedah dengan kecurian tanpa sedar jika diletakkan di dalam dompet atau beg tangan. Jadinya, untuk mengurangkan risiko sedemikian, anda boleh melipat kepingan aluminium dan bungkuskan kad anda menggunakannya.

Mengelakkan Serangan Serangga Perosak Pada Pokok

Jika kebun anda menghadapi masalah dengan ulat atau serangga perosak yang lain, keranjang aluminium dapat membantu mengelakkan daripada ia menghancurkan tanaman.

Caranya, anda boleh letakkan bulatan keranjang aluminium di bawahnya dan perlahan-lahan menambah batang tanaman diatasnya. Bukan itu sahaja, menggunakan keranjang aluminum juga dapat memantulkan cahaya matahari dan akan menghangatkan tanaman anda setelah malam yang sejuk.


Melembutkan Gula Keras

Letakkan sekeping keranjang dan letakkannya ke atas gula. Letakkan sehelai tuala kertas yang rapuh dan lembap pada kerajang. Tutup bekas dengan rapat. Gula akan menyerap kelembapan dari tuala kertas dan menjadi lembut. Anda juga boleh memanaskan sedikit keranjang aluminium ke dalam ketuhar 350 darjah selama 20 saat dan setelah itu, susunkannya ke atas gula.

Menggosokkan Pakaian Lebih Mudah

Kerajang aluminium mencerminkan kepanasan, jadi anda boleh cuba meletakkan kepingan di bawah penutup papan seterika anda. Menerusinua, anda boleh menggosok dan melicinkan kedutan sedikit lebih cepat.