Jom mulakan hari anda dengan dua menu pencuci mulut daripada McDonalds iaitu McFlurry Durian D24 dan juga Blueberry Cream Cheese Pie.

Khusus untuk pencinta durian, McDonalds nampaknya kembali menawarkan yang mana sebelum ini pernah ditawarkan pada tahun 2018 yang lepas. Penawaran yang lepas dilihat mendapat sambutan yang hangat kerana mungkin ditawarkan pada tempoh yang terhad.


Jadi, kali ini untuk memastikan anda tidak ketinggalan merasai McFlurry perisa durian ini, pastikan anda mula membuat pesanan hari ini sama ada di aplikasi GrabFood dan FoodPanda ataupun melalui aplikasi khusus McD App.

Harga yang ditawarkan untuk McFlurry Durian D24 adalah RM7.99. Sementara Blueberry Cream Cheese Pie pula dijual pada harga RM4.51.


Selain itu, A&W turut menawarkan menu sandwic baharu yang dinamakan Crispy Chicken Sandwich. Ia menampilkan ban khusus iaitu Buttery Brioche Bun yang dilihat lebih lembut dan menawarkan rasa yang lemak dan ditambah lagi dengan sos khusus yang menarik iaitu Smoky Buttermilk Sauce.

Bagi anda yang menggemari rasa rangup dan berkrim pada patti sandwic, jangan lepaskan peluang untuk mula memesan menu terbaru di A&W Malaysia iaitu Crispy Chicken Sandwich pada harga RM21.90 untuk set biasa ataupun set kombo dengan ayam pada harga RM25.90.