Lina Rosli Diterbitkan 15 October 2021

Mengapa Perlu Elakkan Pembelian Pakaian Terpakai?

Sekiranya anda seorang penggemar fesyen, namun berada dalam fasa untuk berjimat cermat, tahukah bahawa terdapat sebilangan pakaian, atau kelengkapan fesyen adalah tidak sesuai dibeli yang telah terpakai.

Tidak kira berapa harga yang ditawarkan, anda harus mengetahui perbezaan yang signifikan antara mendapatkan jaket kulit vintaj beratus-ratus ringgit dan membeli topi yang sudah usang pada harga yang hanya sedikit berkurang berbanding asal. Adakah ia berbaloi?

Mengapa Perlu Elakkan Pembelian Pakaian Terpakai?

Sebagai contoh, jika anda membeli topi yang baru di kedai pada harga RM35, dan topi terpakai pada harga RM25, anda hanya jimat sebanyak RM10 sahaja. Namun, untuk topi baru, apa yang anda nikmati adalah keselesaan, fabrik yang masih lagi baik dan juga corak yang lebih baru. Sebaliknya untuk topi terpakai, kondisinya mungkin sudah tidak sebaik yang baru selain menampilkan rekaan yang tidak relevan dengan trend.


Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat, beberapa item fesyen tidak boleh dibeli atau dijual di kedai pakaian terpakai kerana terdapatnya risiko untuk pengeluar menarik semula jualan pakaian atas faktor tertentu seperti dari sudut kualiti, keselamatan dan juga kesihatan.

Bukan itu sahaja, tarikh luput juga tidak hanya tertakluk kepada barangan makanan sahaja yang mana ia turut melibatkan peralatan atau kelengkapan diri yang lain termasuk pakaian dan banyak lagi.

Sebaiknya, anda perlu teliti dahulu produk yang ingin dibeli agar ia tidak menyebabkan pembaziran pada hari kelak. Berikut adalah cadangan barangan fesyen yang tidak sesuai dibeli yang telah terpakai.


Pakaian Dalam Dan Pakaian Renang

Antara sebab mengapa pembelian pakaian dalam, pakaian renang dan seumpamanya adalah tidak digalakkan adalah ia dikhuatiri tidak bersih selain jangka hayat untuk produk ini hanya sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja.

Malah, risiko orang lain turut mencubanya tanpa pelapik pastinya membuatkan anda tidak selesa untuk menggunakannya kelak. Tidak dinafikan, penggunaan barangan terpakai ini tidak mempunyai risiko untuk mewarisi sebarang bentuk bakteria seperti STD atau penyakit lain, tetapi penting untuk anda menitikberatkan keberishan pakaian terlebih dahulu sebelum membelinya.

Pakaian Senaman

Pakaian athleisure atau senaman adalah antara koleksi yang paling lasak digunakan oleh kebanyakan individu. Cuba bayangkan berapa banyak yang anda berpeluh semasa bersenam.

Dengan kadar kekerapan yang tinggi, adalah sangat tidak berbaloi untuka nda membeli pakaian renang terpakai walaupun ia telah dicuci dengan sebaiknya selain ditawarkan pada kos yang lebih murah.


Topi

Adakah anda masih ingat kali terakhir anda mencuci topi? Tepat. Topi terpakai yang dijual semula kemungkinan besar tidak pernah dibersihkan. Apabila telah lama tidak dibersihkan, penumpukan sel kulit mati dan bakteria juga adalah tinggi dan sangat sukar untuk dihilangkan. 

Kasut Sukan Atau Kasut Larian

Kasut dibeli bertujuan untuk membantu anda mencapai langkah lari yang paling selamat dan optimum untuk anda. Mengambil sepasang kasut berlari generik dengan ukuran anda di kedai barangan terpakai seperti cuba memasukkan pasak persegi ke dalam bulatan.

Ia mungkin seperti idea yang ekonomik pada masa itu, tetapi selepas itu, anda perlu mendapatkan kasut yang baharu kerana tapak kasutnya mungkin sudah mula haus malah kusyennya juga telah menjadi nipis dan keras.


Tidak dinafikan sebilangan besar fabrik dan gaya barang terpakai adalah lebih unik daripada apa yang kita lihat pada fesyen sekarang. Pakaian seperti ini sering mempunyai kisah menarik yang dirasakan menggambarkan gaya atau keterampilan yang lebih eksklusif. Namun harus diingatkan kualiti adalah lebih penting bagi menjamin keselesaan anda pada hari kelak.