Jika dahulu, anda pernah melihat hasil buah yang unik di Cameron Highlands yang mana peniaga dan petani di sana mencampurkan dua jenis benih iaitu jambu dan epal menjadi satu buah yang menarik dan sedap.
Buah kacukan ini boleh didapati dalam dua jenis warna iaitu merah dan juga hijau. Dari segi luaran, kulitnya kelihatan seakan epal yang mana teksturnya halus dan licin. Manakala pada bahagian dalam pula, ia mempunyai biji seakan jambu.
Terkini, terdapat satu lagi keunikan yang pastinya akan menarik perhatian ramai adalah, penampilan pokok tunggal yang boleh mengeluarkan 40 jenis buah-buahan termasuk badam, ceri, plum dan banyak lagi.
Siapa Yang Memperkenalkan Pokok Tunggal Yang Mempunyai 40 Buah-Buahan?
Pokok unik ini diperkenalkan oleh profesor yang bernama Sam Van Aken. Ia merupakan sebuah projek yang dinamakan Pokok 40 Buah. Ia dijalankan sejak tahun 2008 yang mana pada ketika itu Sam Van Aken menemui kebun di New York State Agricultural Experiment Station yang mempunyai lebih dari 200 jenis plum dan aprikot.
Dengan kehadiran minatnya terhadap pertanian, Sam Van Aken mula bereksperimen dengan kaedah kuno yang disebut cantuman bagi menggabung beberapa jenis buah. Hasilnya, tumbuhnya pokok pelbagai warna yang boleh menghasilkan 40 jenis buah yang mempunyai lubang. Pemilihan buah-buahan batu ini dikatakan tidak banyak dikeluarkan secara komersial selain dapat memberikan hasil dan keuntungan.
Bagaimana Proses Menggabungkan Kesemua Buah-Buahan Di Dalam Satu Pokok?
Untuk menyediakan pokok hibrid ini, Sam Van Aken mengambil dan mencantumkan tunas pokok buah-buahan yang berlainan pada satu dahan pokok besar yang besar.
Faktor lain yang mempengaruhi percambahan dari tunas adalah pemilihan pokok yang bersesuaian dengan iklim dan tanah di kawasan tersebut. Jadinya, apa yang dilakukan Sam Van Aken adalah beliau menanam 16 pokok di tujuh negeri di seluruh negara.
Selepas penggambaran dan perancangan yang bertahun-tahun, ia membolehkannya memahat pokok sehingga mereka terus berkembang selama lebih dari sebulan. Setelah musim bunga tiba, pokok tersebut mula berbunga yang menampilkan bunga warna merah jambu, putih dan merah tua dan bagi setiap dahan, ia menghasilkan buahnya yang tersendiri.
Sumber: National Geographic, Buffalo Edu