Carian
Apa Itu Hiperlipidemia – Sering Berlaku Dalam Kalangan Remaja?
October 15, 2021 Lina Rosli

Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi sangat merbahaya kepada kesihatan kerana ia boleh menyebabkan sakit jantung, darah tinggi dan angin ahmar tanpa mengira umur. Antara perkara yang penting untuk diketahui mengenai kolesterol adalah Hiperlipidemia.

Apa itu Hiperlipidemia?

Hiperlipidemia, juga dikenal sebagai dislipidemia atau kolesterol tinggi yang merujuk kepada darah dalam tubuh anda mempunyai terlalu banyak lemak. Hasilnya, jantung anda akan menghasilkan kolesterol untuk membantu anda mencerna makanan dan menghasilkan hormon.


Salah satu jenis hiperlipidemia adalah hiperkolesterolemia. Ia adalah keadaan yang mana tubuh mempunyai terlalu banyak kolesterol bukan HDL dan kolesterol LDL. Kesannya, ia akan meningkatkan simpanan lemak di arteri sekaligus meningkatkan risiko penyumbatan saluran darah.

Sekiranya didiagnosis menghidap hiperlipidemia, ia boleh menjadi salah satu pencetuh kepada masalah kesihatan anda yang lain. Hal ini kerana, faktor-faktor ini boleh bergabung dengan kolesterol LDL tinggi atau tahap kolesterol HDL rendah untuk mempengaruhi kesihatan kardiovaskular anda.


Simptom Atau Gejala Hiperlipidemia

Berikut adalah tanda amaran atau gejala yang paling biasa dialami oleh individu yang mengalami masalah hiperlipidemia:

  • Sakit dada
  • Berasa ingin muntah dan loya
  • Keletihan yang melampau
  • Mengalami kesukaran untuk bernafas
  • Sakit pada bahagian leher, rahang, perut dan belakang badan
  • Sering berasa sejuk pada bahagian kaki

Ketahui Langkah Pencegahan Hiperlipidemia

Antara cara paling mudah untuk mengurangkan risiko hiperlipidemia adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sekiranya anda mengubah tingkah laku ia bukan sahaja mengurangkan lemak dalam darah, malah ia turut memberi impak yang positif pada tubuh.

Amalan Pemakanan Yang Berkualiti

Dari sudut pemakanan, kaedah terbaik untuk menurunkan kolesterol adalah mengurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan mengehadkan pengambilan lemak tepu iaitu kurang dari 6% kalori harian dan meminimumkan jumlah lemak trans di dalam hidangan makanan.

Melaluinya, anda perlu mengurangkan hidangan yang melibatkan daging merah dan produk tenusu yang dibuat dengan susu keseluruhan. Untuk nutrien yang lebih baik, anda boleh mendapatkan susu skim atau produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak.

Bukan itu sahaja, kurangkan makanan goreng dan memasak dengan minyak yang sihat, seperti minyak sayuran. Seterusnya, tingkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, ikan dan kacang-kacangan.


Kerap Bersenam Dan Kekal Aktif

Aktiviti fizikal juga amatlah penting. Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman aerobik berintensiti sederhana setiap minggu untuk menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh menukar tabiat atau rutin harian dengan cara jika anda pergi ke kerja, anda boleh memilih satu hari untuk berjalan kaki dan menaiki tren. Selain itu, anda juga boleh menambha hboi baru seperti  berenang atau berbasikal supaya otot kardiovaskular anda dapat bergerak aktif selain melancarkan aliran darah.

Sumber: Heart

Komen