Energizer Malaysia kini meluaskan portfolio jenamanya di Malaysia dengan pelancaran rasmi Armor All.
Selari dengan perubahan yang berlaku pada beberapa sektor perkhidmatan, jenama terkemuka Energizer Holding nampaknya kini mula memfokuskan kepada produk penjagaan kereta berkualiti tinggi.
Menurut Energizer lagi, norma baharu ketika pandemik ini banyak memberi kesan kepada operasi perniagaan, malah terdapat perubahan tingkah laku pengguna dengan lebih ramai orang melakukan aktiviti DIY disebabkan kesukaran mendapatkan perkhidmatan yang sering digunakan sebelum ini.

Disebabkan hal ini, ramai pemilik kereta mula mencari produk penjagaan kereta yang lebih profesional untuk hasil yang sangat memuaskan. Oleh itu, dengan kehadiran Armor All, ia membolehkan mereka membersihkan kereta dengan hasil setanding seperti di kedai namun hanya dari rumah.
Tambahan, kualiti formulasi Armor All membolehkan kereta kelihatan lebih menarik. Ia kerana Armor All dilengkapi dengan pelbagai rangkaian produk semua dalam satu dan juga produk penggunaan 1-langkah selain ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Senarai Produk Di Bawah Armor All
Berikut adalah beberapa penjagaan kereta yang boleh menggunakan produk terbaru dari Energizer:
Bahagian Luar dan Papan Pemuka
Rangkaian pelindung Armor All Protectant memberi tumpuan kepada permukaan dalaman kereta anda. Ia sesuai digunakan untuk membersihkan habuk, kotoran dan unsur yang merosakkan seperti sinar UV dan pengoksidaan.
Bahan pelindung Armor All akan memastikan papan pemuka kereta anda selamat daripada keretakan, perubahan warna dan penuaan pramatang.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan sabun Pencuci Tanpa Air dan Penyembur Lilin dari Armor All bagi menawarkan penampilan kereta seakan di bilik pameran.
Roda dan Tayar
Roda kereta selalu terdedah kepada kesan gris, kotoran jalan dan debu brek yang melekat semasa keadaan memandu yang panas terik dan disebabkan keadaan di jalan raya.
Oleh itu dengan penggunaan cecair Pembersih Roda & Tayar Armor All, ia boleh mengilatkan dan menyerlahkan penampilan tayar dan rim supaya kekal kelihatan seperti baharu.
Selain itu, gunakan juga Penyembur Buih Tayar bagi memberikan hasil yang lebih tahan lama pada tayar dalam masa beberapa minit sahaja.
Cermin dan Kaca
Pembersih Kaca Armor All dirumuskan khas untuk memastikan cermin depan dan tingkap kereta anda memberikan tahap kejelasan yang optimum.
Kebiasaannya, pembersih kaca yang terdapat di pasaran akan hadir dengan bahan yang mengandungi amonia. Kesannya, ia akan merosakkan permukaan cermin dan kaca pada kereta anda.
Namun, melalui pembersih ini, ia dapat mengatasi kotoran yang paling degil tanpa memerlukan amonia sekaligus dapat melindungi kereta anda.
Tempat Duduk Buatan Kulit
Tempat duduk kereta yang diperbuat daripada kulit memerlukan langkah penjagaan yang baik kerana ia adalah bahagian tubuh kereta yang paling kerap digunakan pemilik kereta.
Bagi memastikan ia kelihatan cantik, anda boleh menggunakan Pengelap Kulit dan Gel Penjagaan Kulit Armor All. Ia dikatakan memastikan kerusi kulit anda akan dibersihkan hingga kelihatan seperti asalnya.
Dengan tambahan lilin lebah, anda mendapat perlindungan tambahan dan kemasan tidak berkilau untuk kulit.
Untuk mendapatkan kesemua produk Armor All, anda boleh mengunjungi ke semua cawangan Lotus’s dan lain-lain rangkaian pasaraya terpilih. Anda juga boleh layari laman rasmi Armon All bermula hari ini.