Tahukan anda bahawa para saintis telahpun melakukan beberapa percubaan dan kajian berikutan ramalan usia bumi sejak 400 tahun yang lalu. Kajian yang pernah dilakukan bagi menentukan usia bumi termasuklah:

  • Perubahan permukaan laut yang mana mengenalpasti waktu yang diperlukan oleh Bumi untuk menurunkan suhu dan kemasinan laut
  • Penemuan tahun sebenar sampel batu atau mineral yang telah wujud pada kurun yang lepas menerusi kaedah radiometric dating.

Apa kaitan suhu dan kemasinan laut dengan umur bumi?

Menurut School of Oceanograpgy di Washington, ia merupakan kaedah yang digunakan untuk menentukan umur fosil di teras sedimen di dalam laut.

Antara makhluk laut yang paling hidup lama di dalam laut adalah archaea. Para saintis mendapati badan archaea laut telahpun hadir sejak 150 juta tahun dahulu.


Kehadiran umur archaea ini dikira melalui perubahan suhu yang berlaku di dalam laut pada ketika itu. Untuk pengetahuan anda, pertumbuhan organisma sel tunggal berbeza-beza berdasarkan perubahan tahap oksigen lautan.

Berdasarkan EPA GOV, perubahan suhu permukaan laut dapat mengubah ekosistem laut dalam beberapa cara. Sebagai contoh, variasi suhu laut dapat mempengaruhi spesies tumbuhan, haiwan dan organisma yang ada di suatu lokasi.

Hasil yang diterbitkan pada bulan Ogos dalam kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menunjukkan bahawa kekurangan oksigen dapat mengubah pengiraan suhu sebanyak 21 darjah Celsius.


Dengan menggunakan lemak di sel membran archaea, para saintis mengukur suhu lautan yang lalu dan kemudiannya memadankan dengan analisa yang berkaitan isu-isu yang telah berlaku di seluruh bumi seperti tahun berlakunya pemanasan global pada sekitar 56 juta tahun yang lepas serta turut berlakunya pendinginan lautan secara tiba-tiba kira-kira 100 juta tahun yang lalu.

Perbandingan inilah yang dilakukan oleh para saintis bagi menentukan umur bumi sejak ia mula hadir dalam sistem solar.

Konfigurasi Lapisan Batu – Disokong Oleh Kaedah Saintifik Dalam Menentukan Usia Bumi

Pada tahun 1862, seorang ahli fizik dan matematik Ireland yang terkenal, Lord Kelvin, menganggarkan bahawa Bumi berusia antara 20 juta hingga 400 juta tahun.


Lord Kelvin membuat kesimpulannya pada perhitungan berapa lama Bumi akan menjadi sejuk jika ia bermula sebagai jisim lebur. Namun, ia tidak memberikan angka yang tepat disebabkan oleh data yang berbagai. Oleh itu, para saintis mula melakukan kajian berdasarkan pemerhatian dan pengiraan kerana menerusi kaedah saintifik, data yang dihasilkan adalah lebih tepat.

Bagi menentukan usia bumi, mereka memulakan penyelidikan pada konfigurasi lapisan batu atau sedimen di permukaan bumi kerana setiap lapisan adalah saling berkaitan antara satu sama lain.


Menggunakan teknik stratigrafi, ia dapat mendedahkan lapisan mana yang lebih tua atau peristiwa yang berlaku sebelum wujudnya lapisan yang lain jika lapisan sedimen berlaku dalam urutan yang berurutan.


Disokong lagi dengan kemajuan teknologi dalam kimia, geologi dan fizik, para saintis menemui satu kaedah menentukan usia bumi iaitu menerusi sampel batu atau mineral. Mereka menggunakan radiometrik untuk melihat kerosakan, atau pemecahan pada sampel dan dilengkapkan juga dengan pemahaman mengenai isotop.

Berapakah Usia Bumi?

Menurut kajian yang dilakukan beberapa institusi termasuk California Institute of Technology, usia planet kita kira-kira 4.5 bilion tahun.

Batu-batu tertua di Bumi yang ditemui hingga kini adalah Acasta Gneiss di Kanada berhampiran Tasik Great Slave, yang berusia 4.03 bilion tahun. Namun, ada juga batu-batu lain yang berusia lebih dari 3.5 bilion tahun telah dijumpai di semua benua. Sementara dia Greenland dan Switzeland turut mempunyai sampel batu Isua Supracrustal Belt yang berusia sekitar 3.4 hingga 3.8 juta tahun.


Kesimpulannya, penentuan usia bumi ini merangkumi segalanya dari pemerhatian hingga matematik yang rumit hingga memahami unsur-unsur yang membentuk planet kita.

Sumber: National Geographic Science How Stuff Works Space