Kekurangan kelembapan adalah penyebab bibir menjadi kering, merekah dan pecah-pecah. Keadaan ini boleh berpunca daripada faktor cuaca seperti suhu yang terlalu tinggi atau kerap terdedah dengan sinar matahari yang terik.

Namun, anda tidak perlu risau kerana masalah bibir pecah merupakan keadaan yang sering berlaku pada kebanyakkan orang. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah individu mungkin mengalami keadaan bibir pecah yang teruk yang dikenali sebagai cheilitis atau Xerostemia.

Cheilitis boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan kulit bibir di bahagian hujung merekah dan mengelupas.

Laneige Lip Sleeping Mask Boleh Mengurangkan Risiko Bibir Merekah?

Bersempena ulang tahun pelancaran Laneige yang ke-27, jenama ini telah melancarkan topeng bibir kegemaran ramai iaitu Lip Sleeping Mask edisi terhad. Topeng bibir ini ditawarkan dalam dua perisa atau bahan yang berbeza iaitu Peach Iced Tea dan Gummy Bear.


Laneige Lip Sleeping Mask diperkaya dengan vitamin C dan antioksidan dari Berry Mix Complex. Ia menawarkan campuran ekstrak raspberry, strawberry, cranberry, dan blueberry berkhasiat yang manis dan wangi.

Malah, ia turut dilengkapi dengan teknologi Moisture Wrap yang dipatenkan Laneige. Menerusinya, ia menampilkan asid hyaluronik dan mineral untuk membentuk filem pelindung di atas bibir bagi mengunci kelembapan dan bahan aktif daripada hilang dari bibir.

Dengan memakai lapisan topeng bibir semalaman, ia akan membantu menenangkan dan menjadikan bibir terasa lebih segar, anjal dan lembut apabila disentuhnya.

Untuk menggunakannya, anda boleh sapukan topeng bibir Laneige pada bibir selepas mandi pada waktu petang dan biarkan semalaman. Kemudian, lap bibir dengan lembut dan bersihkan pada waktu pagi.

Istimewa Sempena Ulang Tahun Laneige

Selain Lip Sleeping Mask, Laneige turut membawakan Laneige Mini Skincare Fridge berwarna hijau merah jambu dan pudina.

Peti sejuk ini dikhususkan untuk menyimpan produk penjagaan kulit supaya dapat bertahan lebih lama. Malah, menerusi sensasi penyejukan selepas menyimpan produk di dalam ruangan yang lebih rendah suhu, ia akan memberikan kesan penyegaran dan penyejukan segera.


Untuk mendapatkannya, pembeli boleh melakukan pembelian produk Laneige melebihi RM720 di mana-mana butik sehingga 31 Oktober 2021 dan seterusnya boleh menebus dan mendapatkan Laneige Mini Skincare Fridge eksklusif secara percuma.


Jika anda ingin membeli Lip Sleeping Mask, ia ditawarkan pada harga RM75 untuk edisi Peach dan juga Gummy Bear. Jangan ketinggalan untuk dapatkannya di butik Laneige atau kedai atas-talian rasmi Laneige, Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo bermula hari ini.