Lina Rosli Diterbitkan 21 October 2021

Gucci Beauty Kini Mula Ditawarkan Di Sephora Malaysia

Bagi penggemar koleksi kecantikan dan solekan dari Gucci Beauty, nampaknya ini peluang anda untuk mendapatkan keperluan Gucci peribadi anda dengan lebih mudah di Sephora Malaysia.


Untuk pengetahuan anda, Gucci Beauty merupakan salah satu jenama kecantikan mewah yang menawarkan pelbagai barangan kecantikan yang merangkumi gincu, bedak asas, palet pembayang mata dan bermacam-macam lagi. Dengan kehadiran variasi barangan kecantikan, ia menjadikan jenama ini sebagai salah satu jenama yang amat digemari ramai.


Bukan sekadar hadir dengan warna yang lembut, Gucci Beauty turut menampilkan bermacam-macam warna solekan yang boleh anda cuba untuk pelbagai jenis acara.

Bersempena pelancaran kemasukan Gucci Beauty di dalam kedai fizikal Sephora Malaysia, anda berpeluang untuk menerima 3 jenis hadiah percuma sekiranya anda berbelanja sekurang-kurangnya RM300 untuk produk Gucci Beauty. Namun, ia terhad untuk ahli Sephora Beauty Pass sahaja.


Berikut adalah beberapa koleksi yang boleh anda dapatkan bermula hari ini di Sephora berdekatan anda.

  • Rouge à Lèvres Satin – RM160
  • Rouge à Lèvres Voile  – RM160
  • Rouge à Lèvres Matte  – RM160
  • Rouge de Beauté Brillant – RM160
  • Baume à Lèvres – RM140
  • Mascara L’Obscur – RM149
  • Stylo Contour Des Yeux – RM115
  • Crayon Contour Des Lévres – RM115
  • Crayon Définition Sourcils – RM115
  • Stylo À Sourcils – RM115
  • Gucci Poudre De Beauté Éclat Soleil – RM255
  • Poudre De Beauté Mat Naturel – RM255
  • Sérum De Beauté Fluide Soyeux – RM245
  • Fluide De Beauté Fini Naturel – RM265
  • Cushion De Beauté – RM275
  • Éclat De Beauté Effet Lumière – RM130